Monday, July 7, 2008

KONSPIRASI MENGKUSUTKAN LAGI PEMIKIRAN RAKYAT

Tidak cukup dengan kemelut yang diwujudkan oleh ahli-ahli politik dan orang-orang suruhan mereka, para ulamak juga mula masuk campur. Ada yang kerana benar-benar ingin mengamankan keadaan dan ada pula kerana ingin mencari publisiti untuk bertentang sesama sendiri dikhalayak ramai membuat rakyat khususnya yang berbangsa Melayu dan umat Islam meluat dengan tabiat mereka yang lebih jijik dari ahli-ahli politik.

Saranan Mufti Perlis adalah tepat kerana masalah fitnah-memfitnah ini bukan sahaja dosa besar tetapi ia juga adalah masalah persepsi orangramai. Walaupun hukuman telah dijatuhkan oleh mahkamah, ramai juga yang akan mempunyai syak buruk tentang keputusan hakim, lebih-lebih lagi apabila hukuman tersebut tidak memihak kepada mereka. Dari itu, sebagai umat Islam, ada kaedah lain yang boleh mententeramkan jiwa orangramai, iaitu dengan cara "Muhabalah" sebagaimana yang di sarankan oleh Mufti Perlis dan disokong oleh Tok Guru Nik Aziz. Pada firasat saya, sudah tentunaya umat Islam tidak akan bersyak-wasangka dengan keputusan Allah SWT.

"Muhabalah" adalah dimana pihak-pihak yang terlibat menyerahkan kepada Allah SWT dengan lafaz meminta Allah supaya melaknati mereka yang bersalah yang bersembunyi di belakang tabir pembohongan.

Umum mendapati bahawa apabila kaedah undang-undang masih membawa kemusykilan, kaedah ini sahaja yang boleh mengamankan pemikiran umat Islam dan di dalam keadan yang kusut seperti yang kita alami pada hari ini, kaedah ini patut di guna pakai, lebih-lebih lagi apabila peruntukan ini ada disediakan di dalam Agama Islam.

Terasa kecewa apabila saya membaca di Bernama hari ini bahawa Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berpendapat bersumpah dengan menjunjung al-Quran atau 'mubahalah' tidak perlu dilaksanakan kerana ia bukan sahaja akan mendedahkan keaiban seseorang di khalayak umum malah akan menimbulkan kesan lebih besar terhadap umat Islam.

Mungkin beliau tidak bergaul dengan khalayak umum dari itu beliau tidak dapat merasa nadi rakyat ketika ini khususnya orang Melayu dan umat Islam kerana ini menyentuh maruah pemimpin-pemimpin Melayu dan perbuatan luar tabi'i dari segi Agama Islam.

Celikkah mata hati Ketua Pengarah tersebut. Adakah beliau sedar bahawa kita sudah melepasi lingkungan keaiban dan sekarang apa yang kita mahu adalah keadilan bagi yang teranyaia? Beliau menyambung " Banyak cara lain boleh digunakan bagi menentukan kesahihan dan kebenaran terhadap setiap tuduhan yang dibuat. " Saudara, anak-anak saya yang belum baligh pun boleh menidakkan usaha-usaha orang lain seperti Saudara tetapi yang kita mahu adalah cadangan yang proaktif bukan sahaja untuk mendapatkan kesahihan dan kebenaran tetapi juga yang boleh meyakinkan rakyat.

Pada hari ini, rakyat sudah meluat dengan telatah ahli-ahli politik negara. Tidak payahlah Mufti-mufti berlaga-laga di khalayak ramai untuk menunjukkan kononnya dialah yang lebih Islam atau berpengetahuan dari rakan sejawatnya dari negeri lain. Ini adalah lebih jijik dimata kasar rakyat kerana kita muak apabila melihat ulamak-ulamak kita pula yang cuba bermain politik di antara satu sama lain demi untuk mencipta nama di dalam media.

Mufti Perlis telah memberikan cadangan yang baik untuk ketenteraman jiwa rakyat lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Ramai di kalangan rakan-rakan saya dan tentunya orangramai yang terasa seolah-olah dipermain-mainkan, turut berdoa agar sesiapa yang telah menkhianati kita dengan kes-kes yang menggoncangkkan Negara ini sehingga terasa gegarannya di Amerika Syarikat akan dilaknati Allah dan ditimpanya kecelakaan yang setimpal dengan angkara pembohongan yang dilakukan kepada kita, Rakyat Malaysia.

Andaikata Mufti Perak atau Ketua Pengarah JAKIM tidak ada cadangan lain yang boleh menyenangkan hati rakyat, maka dipersilakan berdiam dari berkata-kata seolah-olah Khatib sedang berkhutbah kerana RAKYAT SUDAH MELUAT dengan karenah kamu-kamu dan mereka yang bersekutu dengan kamu itu!

Seharusnya ulamak-ulamak negara kita menjadi contoh kepada ahli-ahli politik untuk mensucikan perjuangan mereka, bukannya mengikut tabiat buruk ahli-ahli politik negara kita itu untuk di bawa kedalam institusi Agama Islam. Kalau tidak mahu bermuhabalah pun tidak mengapa, tetapi sila bermuhasabah diri sebagai pemimpin di dalam Agama suci kita ini. Jangan sampai kamu-kamu juga dituduh turut berkonspirasi untuk mengkusutkan lagi pemikiran rakyat yang sedang merana akibat kenaikkan harga barangan keperluan hidup.

Allahu Alam.

2 comments:

fansuri said...

kembalikan UMNO kepada orang Johor..UMNO lahir di Johor maka segala kunci kekuatan UMNO di tangan orang Johor

Anonymous said...

Umno bukan milik orang Johor sahaja. umno untuk semua orang Melayu yang menyokong parti ini.

http://dunia-politik.blogspot.com