Tuesday, July 4, 2023

With 1.2m Illegal “Tourists”, Immigration Dept Is On The Right Path!

Pleasing everyone every time is an impossible task. Naturally one is chastised when there are perforations in the system but today one can even be crucified for avoiding the reoccurrence of such perforations. Under any circumstances, one should stick to the rulebook to be safe and sure.

The Immigration Dept was under heavy fire recently when the Tourism Minister confronted uniformed officers at the KLIA when a Chinese national was denied entry into this country for not fulfilling visa requirements at that point in time.
 
Visa requirements are imposed on every traveller at any port of entry in the world without fear or favour and the same must go with our borders as well.
 
What transpired at the KLIA recently was a disgrace and the weekly Cabinet meetings should be the place to thrash out differences between ministerial jurisdictions. This is not the wild west. Decorum should prevail especially between high govt officials and uniformed personnel in public.
 
We appreciate that tourism revenue is a high income generating source of this country. But, it should not be at the expense of National Security.
 
In earlier media reports, it was told that this foreign visitor was an employee with a media group from China. But in the official written report by the officer in charge, the interpreter said the visitor is here to take care of someone’s children. That in itself is quite ambiguous on the off-take.
 
Now, even if it is true that she is an employee of a media group and is here to temporarily babysit some children (giving her the benefit of the doubt) it is all the more reason for the immigration dept to sternly impose the SOP on her so that she can report it in their media reminding her fellow nationals to be more prepared with their papers when entering Malaysia. It will not deter them from coming but may help them be more prepared when they plan their next trip in.
 
The Prime Minister was right that there are areas that can be improved and “little napoleons” who will be dealt with, and we look forward to that.
 
But the Immigration Dept must not be bullied into indiscriminately allowing “suspect” foreign citizens into this country, just to chase their tourism dollars and not hurt their feelings.
 
The Home Ministry, in a reply to question in Parliament, stated that in 2021, 1.2 million Chinese nationals were overstaying their welcome in breach of their visa.

National Security Is Paramount. And With 1.2 Million Overstaying/ Illegal Chinese Visitors At Large In This Country, I’d Say The Immigration Department Has Every Right To Tighten Their Screen Even More On Future “Tourists” To Ensure That They Are Genuine.

Dengan 1.2 Juta “Pelancung Haram”, Imigresen Wajib Perketatkan SOP

Menyenangkan hati semua orang setiap masa adalah suatu tugas yang mustahil. Sememangnya ada pihak yang akan dihukum apabila terdapat tebukan dalam sistem. Akan tetapi hari ini, pihak itu boleh juga dihukum kerana menjalankan tugas dalam membetulkan kesilapan yang lampau. Dalam apa jua keadaan, kuatkuasakan sahaja tatacara pengendalian piawai dan anda wajib selamat dari fitnah.
 
Jabatan Imigresen mendapat kecaman hebat baru-baru ini ketika menteri pelancongan berdepan dengan pegawai beruniform di KLIA apabila seorang warga China dinafikan kemasukan ke negara ini kerana tidak memenuhi syarat visa.
 
Keperluan visa dikenakan ke atas setiap pengembara di mana-mana pintu masuk setiap negara tanpa soal jawab dan perkara yang sama mesti dipraktikkan di pintu-pintu masuk di negara kita juga.
 
Apa yang berlaku di KLIA baru-baru ini adalah sangat mendukacitakan. Mesyuarat mingguan Kabinet sepatutnya menjadi tempat untuk berantakan jika ada perbezaan pendapat di antara bidang kuasa menteri.
Ini bukan zaman “koboi” lagi. Adab harus diutamakan terutamanya antara pegawai tinggi kerajaan dan kakitangan beruniform di khalayak ramai.
 
Kami hargai bahawa hasil pelancongan merupakan sumber yang menjana pendapatan tinggi di negara ini. Tetapi jangan sampai kita nampak macam peminta sedekah sehingga mengorbankan Keselamatan Negara.
Dalam laporan media sebelum ini, dikabarkan bahawa pelawat asing yang menjadi punca insiden di KLIA minggu lalu adalah seorang pekerja dengan satu kumpulan media dari China. Tetapi dalam laporan bertulis rasmi oleh pegawai yang bertanggungjawab, jurubahasa berkata pelawat itu ke sini untuk menjaga anak orang. Kenyataan penterjemah itu sahaja sudah memusykilkan.
 
Jika benar bahawa dia adalah seorang pekerja kumpulan media dan berada di sini untuk sementara waktu menjaga beberapa kanak-kanak (bersangka baik), dia boleh melaporkan dalam medianya tentang pengalamannya seraya mengingatkan rakan-rakan senegaranya supaya lebih bersedia dengan dokumen perjalanan mereka yang lengkap apabila memasuki Malaysia. Ia tidak akan menghalang mereka daripada datang tetapi mungkin membantu mereka untuk lebih bersedia apabila mereka merancang perjalanan seterusnya. Jika dia hendak menabur fitnah terhadap sistem negara kita, itu terpulang kepadanya namun kita tidak sepatutnya tunduk dalam ketakutan seolah-olah rezeki kita datang dari dia.
 
Kami bersetuju dan mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri bahawa terdapat aspek-aspek yang boleh diperbaiki dan "napoleon kecil" sepatutnya diambil tindakan.
 
Tetapi Jabatan Imigresen tidak boleh dibuli dengan sewenang-wenangnya membenarkan warga asing yang dimusykili masuk ke negara ini, hanya kerana hendak mengejar “dollar” pelancongan mereka.
 
Menjawab soalan di Parlimen, Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa pada 2021, 1.2 juta warga China masih berada di negara ni walaupun telah tamat tempoh visa mereka.
 
Keselamatan Negara Wajib Diutamakan. Dengan 1.2 Juta Pengunjung China Yang Kini Dianggap Pendatang Haram Kerana Terlebih Had Masa Duduk Di Negara Kita, Ternyata Jabatan Imigresen Mempunyai Hak Yang Berasas Untuk Mengetatkan Lagi Saringan Pelawat2 Dari Negeri Itu.