Saturday, November 8, 2008

INGATAN KEPADA AZIM ZABIDI: JANGAN KERANA PUBLISITI MURAHAN, MASALAH DALAMAN UMNO DIJAJA.



RASUAH POLITIK – DIMANAKAH SEBENARNYA PUNCANYA?

1. Saya merasa kesal dengan sikap Bendahari Agong UMNO Dato’ Seri Azim Zabidi yang menyentuh mengenai masalah politik wang dalam mesyuarat pemilihan UMNO yang sedang berlangsung merujuk kepada kenyataan beliau yang dipetik dari agensi media antarabangsa Bloomberg pada 6 November 2008 sebagaimana dilaporkan didalam The Malaysian Insider
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=11919.

2. Sebagai penyandang jawatan tertinggi dalam parti dan juga merupakan seorang Pengerusi sebuah bank seharusnya beliau faham akan saluran yang betul untuk menyatakan apa juga kepincangan yang berlaku dan bukannya meluahkan isi perut ke tempat yang tidak sepatutnya lebih-lebih lagi terhadap pemberita luar negara yang sentiasa mencari ruang serta peluang menganggu gugat urusan pentadbiran dan kedaulatan Negara. Kita pihak akar umbi menyuarakannya dengan harapan pihak atasan UMNO mengambil kira dan iktibar dari apa yang kita katakan jesteru mengambil langkah-langkah yang positif untuk mengatasinya, bukan menyahut dengan menjajakan lagi masalah kita ini untuk dipaparkan oleh media barat.

3. Bagai orang tidur disorong batal, hal-hal dalaman mengenai UMNO akan disensasikan dan ditokok tambah kerana yang menyampaikannya adalah " orang kuat " UMNO sendiri.

4. Disebabkan sikap sebeginilah, UMNO semenjak 8 Mac sehingga ke hari ini terus menerus dibelasah, dipersoal dan tidak dihormati serta hilang kepercayaan oleh umum. Masing-masing mementingkan diri tanpa mempedulikan perjuangan sebenar UMNO yang telah diasaskan oleh para pejuang terdahulu.

5. Ahli-ahli UMNO peringkat akar umbi juga merasa terhina dan dianggap begitu murah sehingga seolah-olah boleh dibeli semata-mata untuk menghalalkan kehendak pemimpin yang tidak jujur dan amanah.

6. Pemimpin-pemimpin sering menyuarakan dengan lantangnya mengenai rasuah politik sedangkan MEREKALAH yang sebenarnya PUNCA kepada wabak penyakit yang mengular didalam UMNO pada hari ini. Jika tiada seorangpun dari pemimpin yang bertanding jawatan tinggi menghulurkan rasuah untuk mendapatkan undi, suka atau tidak, para perwakilan terpaksa juga memilih selain dari Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap, 1) Seorang Presiden, 2) Seorang Timbalan Presiden, 3) Tiga orang Naib-naib Presiden dan 4) 25 orang ahli-ahli Majlis Kerja Tertinggi. Maka jika mereka tidak tamakkan kuasa dan menghulur, maka tidaklah ada yang menerima dan tidaklah ada rasuah langsung.

7. Penyelewengan dan rasuah politik bermula dari atas. Ianya bukan masalah yang diwujudkan oleh orang bawah. Jika mereka tidak mengajar maka tidaklah orang bawah menjadi terpelajar didalam bidang ini.

8. Walaupun pihak pemantau kononnya sudah diwujudkan semenjak pemilihan yang sebelum ini, faktor manusia menyebabkan ketirisan berlaku, dan ianya berlaku dari pihak atasan juga dimana orang-orang terpilih yang mereka mahu selamatkan atau menang boleh diberi senarai nama-nama pemantau yang perlu di elak di setiap negeri supaya tidak melakukan kesalahan di dalam kehadhiran mereka. Calon-calon yang mereka tidak berkenan akan dibiarkan untuk mengambil risiko tinggi jika mereka mahu berjumpa dengan para perwaklian dengan muslihat masing-masing. Saya menjelaskan perkara ini mengikut kepada pengalaman yang sahih.

9. Sememangnya betul, masalah ini yang akan membawa kemusnahan kepada UMNO perlu di atasi, tetapi ianya perlu di SAMAK dan disucikan dari peringkat Majlis Kerja Tertinggi, barulah turun ke pihak akar-umbi.

10. Pada hari ini, kita sering mendengar cemuhan juga dari pihak-pihak veteran dan bekas-bekas pemimpin-pemimpin atasan UMNO tentang rasuah politik. Saranan dan nasihat saya adalah supaya bekas-bekas pemimpin ini juga sedarkan diri masing-masing kerana penyakit ini paling ketara diwujudkan semasa pertandingan untuk jawatan Presiden pada tahun 1987, yang melibatkan kedua-dua pihak dan bukan sebelah pihak sahaja sebagaimana yang di uar-uarkan selama ini, dan sekali lagi semasa pasukan atau ” Team Wawasan ” bertanding. Sebilangan besar dari mereka sekarang memegang dan masih lagi menawarkan diri untuk jawatan-jawatan yang amat tinggi pada hari ini. Bertaubatlah, dan jangan berkhutbah kepada pihak akar umbi seolah-olah kamu ini pemimpin-pemimpin yang suci dari pekerjaan yang dinamakan " rasuah politik " pada hari ini. Kamu tahu siapa diri kamu itu. Kami juga tahu siapa dikalangan kamu itu dan lebih UTAMA dari segalanya, Allah SWT mengetahui siapakah diri kamu sebenarnya.

11. SILA PERBETULKAN DIRI KAMU DAHULU SEBELUM MEMBETULKAN ORANG-ORANG BAWAH YANG DIROSAKKAN OLEH KAMU - KAMU SENDIRI.

12. KEPADA PEMIMPIN - PEMIMPIN UMNO YANG TIDAK TAHU MENJAGA MARUAH PARTI, SILA UNDUR SEBELUM KAMU DISUMPAH BANGSA!!!

10 comments:

Anonymous said...

Saya setuju apa yang diperkatakan.Sudah lupa ke yang beliau pernah dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Disipilin UMNO satu ketika dulu.Yang menghairankan kenapa orang macam ini dilantik menjadi BENDAHARI UMNO.Tak faham langsung dengan PAK LAH.Inilah yang terjadi dalam UMNO hari ini.Orang yang banyak menyebut tentang politik wang, mereka sebenarnya yang bermain dengan wang. Bangunlah perwakilan-perwakilan sekalian.Sudah sampai masanya untuk kita menilai kualiti pemimpin dan yang paling penting semuanya perlu amanah dan ikhlas dalam perjuangan.

BoyHjJamil said...

Salam TPJ, i like the word "SAMAK" yg u pakai utk merujuk kpd politikus yg mengamalkan rasuah ini. Betul pandangan saudara, gejala ini adalah berpunca drp pihak atasan yg kemarukkan dan kerasukkan pangkat serta kuasa.Tepat sekali mmg merekalah yg mengajar akar umbi tentang "give and take" yg tak berhemah ini.

Saya juga amat setuju yg bukan semua di peringkat akar umbi yg kemarukkan sgt duit atau sogokan drp pihak atasan bagi tujuan memancing undi mereka.Sesetengah pemimpin di peringkat bawahan masih ada yg "dara" yg tak termakan dengan "lacuran rasuah" drp pihak atasan ini. Pucuk pangkalnya, hati dan maruah masing2. Kalau rendah martabat diri, jangan kata sogokan wang, di ajak minum "ngeteh" pun dah boleh dipancing undi mereka.

Oleh yg demikian, merujuk kpd kes Datuk Azim Zabidi, saya berpendapat, tak perlulah hal rumahtangga dijaja ke rumah jiran2.Cukuplah ianya dibincang diperingkat domestik sahaja.Betul kata TPJ.."Janganlah kerana nakkan publisiti, masalah rumahtangga kita habis dijaja". Akhirnya nanti malu sendiri kalau diri sendiri yang punya angkara. Secara kesimpulannya, untuk membendung gejala rasuah politik ini, UMNO perlu "dioverhaul" di semua peringkat, bermula drp pihak atasan."Kalau takde tangan menghulur, lambat laun tangan yg menadah akan penat jua". Salam...

TPJ said...

Anonymous 11:10,

Orang yang duduk didalam rumah kaca tidak seharusnya membaling batu.

Betullah itu. Beliau digantung keahliannya kerana melanggar etika UMNO yang selalunya melibatkan kewangan.

TPJ said...

Salam BoyHjJamail,

I couldn't have said it any better my friend!

Anonymous said...

Salam TPJ,

These are the 'sickness' in umno and what are the other hypocrite in mkt doing? Nak bertanding aje!

TeMagi said...

Everybody from the man cleaning the john to the opposition and right up to the party president are talking of this sickness. Is there a remedy to this ailment...if there is don't call for the Doctor who ran the party for 22 years 'cause it was under his watch that this virus spread incessantly! One of the many ways to solve this ailment is EXPEL those found guilty with no room to return. If there is a will there is a way, unfortunately i dont see any will from the management committee or MKT. Just look at the names of those serving the management committee! If Umno is human in 2012/3 i'll say to her InnaLillahi Wa InnaIlahirajiun...Amin

TPJ said...

Temagi,

There is no seriousness on the part of the authorities. They just want to pass the buck on others. The Discplinary Committee is not beefed up. The ACA is brought in. What is the guideline? None presented. Are those found guilty charged in court like other corrupters or are they just suspended and expelled from the party? See what I mean? No clear-cut information is disseminated to the members. They aren't even sure what they are supposed to be afraid about so where is the deterant?

About the Doctor, I think I covered that when I mentioned the 1987 contest involving "incentives" from both sides.

TeMagi said...

Before i shake any umno leaders' hand next time i meet them i'll make sure to ask them if they have 'SAMAK' (diri)first!!!

Mr Ezal said...

Should i call you bro?
Bro, firstly i like the way of your straightforwardness in a leadership since it happens recently. Frankly speaking the impolite manners that stirs trouble in BN by MCA mainly is not because of them but it is because of us and we are to weak to stand and fight for our own rights. May be our leaders lack the spirit or enthusiasts to protect the nation. First of all leaders should be in charge but i don't think existing leaders are able to deliver and the main question is who has the credentials? Second thing my query is what and why is the hell these people are going to prove at? I have a very simple solution to this matter would you like to know what? Use ISA... coz ISA is the only and the best tools for this kind of sentiments that can cause chaos in our country but we have to be fair. If it's one of us who commit into this so then let face it be it malay, chinesse or india. ISA for the sake of country.

TPJ said...

Yes Mr Ezal,

You can call me bro. Welcome to The Patriot.

The ISA is not used effectively to in my view.

It is meant to be a deterrent method yet the recalcitrant Namawee isn't in under it because the Malay/Muslim leaders are weak and afraid to hurt the feelings of the non Malays.

I think if we wanted to make things right we could. When there's a will, there's a way. They should appoint someone like me as the Home Minister and Chief of the UMNO disciplinary committee.

I'd deal with the culprits with clinical precision.