Thursday, November 27, 2008

"BUKAN MACAM CARI PEMENANG RATU KEBAYA"?

Ini adalah tajuk di ruang politik di Utusan pagi ini. Sememangnya benar dan tepat kenyataan ini sebab sudah ternyata ada sekurang-kurangnya seorang pemimpin Wanita yang telah dipilih untuk memimpin Wanita di negerinya khusus kerana rupanya konon-kononnya semacam Ratu Kebaya tetapi ternyata setelah beberapa tahun menerajui Wanita, beliau gagal untuk menaikkan taraf kaum Hawa di dalam negeri tersebut.

Terbukti kegagalan beliau lebih-lebih lagi apabila beliau telah ditandingkan diperingkat Parlimen tetapi didalam keadaan ketandusan kepimpinan Wanita UMNO yang telah menang di kerusi Parlimen dan dengan kekalahan Datuk Seri Shahrizat di Lembah Pantai serta keguguran Tan Sri Rafidah dari kabinet, pemipin tersebut masih gagal untuk dilantik waimah sebagai Timbalan Menteri sekalipun. Inilah satu dari dua sahaja keputusan yang cerdik yang dibuat oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam memilih kabinetnya yang baru tempoh hari. Mungkin PM kita sedar walaupun yang menobatkan beliau di negeri tersebut itu mungkin kurang celik dan terpedaya, bahawa rupa dan mulut yang petah tidak semestinya bermakna orang itu cerdik dan berpelajaran tinggi. Maka betulah tajuk yang diatas yang diceduk dari Utusan Malaysia hari ini.


"Jelita, Ayu & Cerdik". Di dalam bahasa Inggerisnya, "Beauty with Brains".

Lain pula jika pemimpin itu macam Datuk Seri Shahrizat yang bagaikan Ratu Kebaya yang berpelajaran tinggi dan juga seketika dahulu pernah menerajui sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang telah banyak membantu Wanita Melayu semasa beliau menjadi Menteri Wanita sebelum ini. Dari itu, ini mungkin suatu Rahmat yang diturunkan kepada Pergerakan Wanita UMNO Malaysia yang mempunyai seorang pemimipin yang bukan sahaja rupanya manis tetapi otaknya cerdik dan telah banyak berjasa kepada Wanita berbanding dengan sebaliknya.

Ternyata mereka yang sibuk membuat Kenyataan Media berkelompok itu berkhidmat untuk pemimpinnya dan bukannya untuk UMNO. Mengikut kepada seorang dari mereka yang cukup petah bercakap, "Oleh itu, kita kena pilih pemimpin termasuk anggota Exco yang berani membela kepentingan kita dan bukan ambil orang yang hanya datang pasang 'body cantik', habis mesyuarat, ambil gambar lepas itu balik.”

Saya ingin bertanya kepada ahli Exco yang banyak cakap ini, dimanakah pembelaannya terhadap kepentingan kita apabila Ketua Pergerakan Wanita GERAKAN menyoal asal-usul orang Melayu sekaligus mengatakan bahawa kita juga kaum pendatang? Nampaknya mereka hanya berani membela kepentingan Tan Sri Rafidah dan bercakaran sesama sendiri tetapi kecut dan takut untuk membela Bangsa apabila dicabar oleh kaum lain. Adakah beliau dan rakan-rakannya berkhidmat untuk Rafidah atau Bangsa Melayu?

Secara kasar apabila di lihat dan di dengar, orang-orang yang menyokong Shahrizat adalah cerdik dan pandai seperti beliau juga manakala Rafidah sahaja yang pandai dikalangan kumpulannya. Sehingga hari ini, “rational” kumpulan yang menyokong Shahrizat boleh masuk akal dan senang difahami manakala alasan Rafidah untuk menjadikan Shahrizat sebagai pemangku Ketua hingga ke pilihanraya akan datang hanya berlandaskan suatu perjanjian yang lari dari lojik mamandangkan tempohnya terlalu pendek. Alasan Shahrizat berfakta manakala alasan Rafidah hanya berpegang kepada janji yang tidak boleh diiktiraf lagi kerana tempoh masa didalam perjanjian tersebut telah bertukar dan dipendekkan. Cuba difikirkan, menurut undang-undang sekalipun, jika sesuatu fasal berubah didalam sesuatu perjanjian asal yang telah dimeterai, ianya akan menjadi “null & void” atau tidak laku lagi.

Sudah sampai masanya Pergerakan Wanita UMNO Malaysia memilih pemimpin yang sedia menghambakan dirinya untuk kebaikkkan Pergerakan tersebut berbanding dengan pemimpin yang menghambakan Pergerakan Wanita demi untuk kepentingan peribadinya. Ahli-ahli Wanita umumnya harus memilih pemimpin yang kedudukan ekonominya sudahpun kukuh sebelum menjadi pemimpin berbanding dengan pemimpin-pemimpin yang petah bercakap, tiada berpelajaran tinggi tetapi menjadi kaya setelah menjadi pemimpin Wanita, EXCO Negeri dan sebagainya. Mereka hidup mewah berintan berlian, berumah bagaikan gedung sedangkan wanita diperingkat akar umbi masih lagi tidak tahu menggunakan komputer dan sebaliknya dihantar kekursus menjahit langsir.

Allahu Alam.

4 comments:

.@blogger.com said...

Nampak cerdik tidak akan menjamin keberkesanan kepimpinan wanita kelak. |Kadang kala yang nampak cerdik itulah yang akan menjadi pembelit no 1. Yang lebih buruk adalah beliau tidak diterima oleh kawasan parlimennya sendiri. Baca tulissan saya mengenai beliau diblog saya: http://pahangblogger.blogspot.com

TPJ said...

Benar.

Apakan daya, beliau terpaksa berdepan dengan anak Anwar Ibrahim. Di waktu itu, jangankan anak Anwar, tukang gaji Anwar pun boleh menang kerana sentimen bencikan Pak Lah terutama di Wilayah Persekutuan dan Lembah Kelang sudah ditahap yang paling tinggi.

BN kalah di 10 dari 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan. Membandingkan Kuala Kangsar dengan Lembah Pantai seperti sekolah rendah dengan Universiti.

Juga yang menang pun tidak boleh berdabek dada sangat jika menangnya di tempat2 seperti diTenggara, Johor dimana jika letak Mawas betina pun sebagai calon, BN boleh menang.

Anonymous said...

Saudara TPJ,

Terima Kasih atas keberanian menurunkan pendapat yang tepat pada hemat saya tentang kemelut Pergerakan Wanita UMNO.

Adalah jelas bahawa perjanjian dengan sendirinya telah null and void apabila Perhimpunan Agung UMNO bertukar tarikh kebulan Mac 2009.

Apa sangat nak pegang jawatan untuk tiga bulan, walhal Pak Lah pun telah akur dengan keputusan majoriti bahawa beliau perlu turun dari jawatan Presiden pada bulan Mac 2009 dan bukan pada tarikh beliau tetapkan.

Rafidah perlu terima hakikat bahawa Pergerakan Wanita perlu di hembus nafas baru kerana Wanita juga terpalit dengan prestasi BN yang merosot dalam Pilihanraya 12.

Tak perlu lagi jadi "Fighter".

.@blogger.com said...

Saudara TPJ,
Masalah dengan pemimpin kita adalah mereka-mereka ini ego, tidak ahu mendengar pendapat dari bawah.|Mereka hanya memerlukan kita ketika Perhimpunan Cawangan atau Mesyuarat Perwakilan Bahagian. Selkepas itu kita tidak berguna lagi.

Budaya politik jaga badan dan politik mengampu adalah sangat buruk kesannya kepada parti. Bukan ahli bencikan UMNO tetapi bencikan pemimpin. Ini terjadi dimerata-rata tempat. Pemimpin hanya ingin naik untuk mendapatkan kepentingan peribadi. Inilah jawapan yang akan kita dapati bila menanya kepada sesiapapun dimanapun. Jika tidak dibendung, kebencian kepada pemimpin menjadi kebencian kepada parti.