Thursday, September 5, 2024

DUN MAHKOTA: UMNO AKAN DIUJI DI NEGERI KUBUNYA

Kita mulakan dengan keputusan terakhir dahulu.




Tarikh mengundi 28hb September 2024. 
Tarikh pencalonan 14hb September 2024. 
 
Kalau kita lihat keputusan lepas, BN seharusnya boleh menang dengan majoriti 5 angka kali ini kerana BN dan PH sudah bergabung di peringkat pusat. Tetapi sejarah mengingatkan kita bahawa dalam politik, apa apa pun boleh berlaku dan keyakinan yang keterlaluan boleh menghukum kita akhirnya. 

Namun beberapa perkara akan menjadi penentu: 
1. Jumlah yang keluar mengundi, dan 
2. Calon. 

JUMLAH KELUAR MENGUNDI 
Walaupun PH dan BN telah bergabung di peringkat pusat, namun penyatuan ini tidak diterjemahkan secara langsung di bumi Johor memandangkan UMNO/BN memenangi lebih 2/3 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, dan tiada wakil PH dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerajaan negeri. 

Ini mungkin akan menjadi faktor jika pihak PH tidak bersungguh2 untuk menyeru penyokong mereka keluar mengundi kerana calon yang bertanding adalah dari parti BN. Dan jika penyokong mereka keluar mengundi, adakah mereka akan membantu atau menghukum BN? Jawapannya akan terserlah pada hari undi kelak. 

CALON 
Walaupun tidak dapat disahihkan, antara nama yang disebut-sebut adalah Ketua UMNO Bahagian, Pemangku Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan seorang bekas penghibur/ aktivis Kluang yg agak tersohor. Juga tidak mustahil jika UMNO Pusat dengan bahayanya mencalonkan seorang dari ahli Majlis Kerja Tertingginya yg berasal dari Kluang. 

Ketua Bahagian boleh dikatakan seorang veteran yg pernah menjadi ADUN dan EXCO Negeri yang kini ditugaskan sebagai Pengarah Operasi PRK DUN Mahkota. Akan tetapi, harus diingat bahwa rakyat kini mendahagakan pelapis dan darah muda untuk diangkat menjadi wakil mereka dan bukan lagi individu lama yang pernah berkhidmat dan kalah di PRU sebelum ini. 

Pemangku Ketua Wanita pula mungkin dipertimbangkan untuk “mengganti” kerusi yang kosong berikutan kematian bekas Ketua Wanitanya, AlMarhumah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain. Mereka mungkin menuntut kerusi itu di atas kuota Wanita lebih-lebih lagi setelah di Nenggiri, calon Pemuda UMNO telah diberi tempat dan seterusnya memenangi pilihanraya kecil tempohari. 

Kedua2 Ketua Pemuda dan Penghibur/Aktivis pula ada kekuatan masing-masing dan boleh diketengahkan. Namun “advantage” memihak kepada Ketua Pemuda kerana beliau telah mengalahkan Penghibur/Aktivis tersebut dalam pertandingan yg lepas untuk kedudukan Ketua Pemuda UMNO Bahagian. 

ANALISA 
Jika pilihanraya ini sengit, maka calon UMNO yg paling terkenal di kalangan rakyat, walaupun tidak memegang jawatan dalam Bahagian, harus dipertimbangkan. 

Namun dalam keadaan yang agak selesa kini memandangkan BN mungkin boleh mengharapkan kepada tambahan undi dari PH jika mereka jujur, calon yang dipilih sewajibnya datang dari salah seorang pemegang jawatan di dalam UMNO Bahagian tersebut. 

Ini memberi makna kepada darjat jawatan dan perjuangan individu yang memegang jawatan itu secara rasmi. Kalau tidak, nilai perjuangan dan yang memegang jawatan dalam parti UMNO itu akan hilang maknanya. 

Yang paling dibimbangi pula jika “orang luar” dari kepimpinan UMNO dipilih walaupun beliau seorang ahli parti dan terkenal, risiko sabotaj atau kurang kerjasama dari jentera Bahagian boleh berlaku. 

Akhir kalam, semua ini akan terbukti di petang 28hb September kelak. 

Apapun Keputusan Muktamad Yang Dibuat Harus Kita Sambut Dengan Sokongan Yang Ikhlas Dan Setia.  

Semoga Diberi Taufiq Dan Hidayah Allah SWT Kepada Pucuk Pimpinan UMNO Dalam Membuat Keputusan Yang Terbaik Untuk Parti Tanpa Menghiraukan Tekanan Dari Mana2 Pihak Yang Luar Dari Politik Demi Kesinambungan UMNO/ BN Dalam Politik Negara.

No comments: