(Untuk Bahasa Melayu, Sila Tekan Ke bawah)
SEWAGE TREATMENT PLANT – SKUDAI KIRI
It has come to our attention that the mega projects in
and around Danga Bay have caused discomfort for the residential areas opposite
the projects concerned around Marine Vista. When it rains, because of the lack
of proper drainage as promised and planned during the development process, the
water rises very quickly and runs deep that even large saloon vehicles can't
maneuver through it. This shows how thoughtless and irresponsible the
developers are in their duties towards the people who use the road everyday
leading to the city.
I have brought the matter up in the Special Actions’
Committee in the Johor Bahru District Office and hope that stern action is
taken immediately on the parties concerned to remedy the situation.
But what I am even more concerned about at this moment are
the complaints from the residents in Skudai Kiri, Johor Bahru where a Sewage
Treatment Plant, 18 acres in size is earmarked to be built. This is to cater
for residents from the new development projects around Danga Bay and part of
Nusajaya into this primarily Malay populated area.
Skudai Kiri is a Malay enclave in between the heart of
the Johor Bahru City and the Capital of the State Administration in Nusajaya.
The people there as I do, find it insulting for such a project to be placed in
the Malay populated area especially when the total acreage for Danga Bay spans
around 450 acres in size. Surely they can find 18 - 20 acres within the realms
of that estate away from this village that awaits for better development
prospects that might enhance the economy of the rakyat living there instead of
causing a stillborn and stunting the appreciation in the value of their
property.
I will not mince my words by saying that these are
primarily Barisan Nasional voters and in view of a recent call to find the
"wow factor" in UMNO by the leadership, the very least we can do
first while waiting for the "miracle flashbulb" to blink is to
preserve and not hurt the feelings of our own supporters who do not deserve
this kind of treatment.
If it is true that this sort of plant which is planned
for the area is one that is of the state of the art and is covered with
beautiful landscaping etc., in contrast to the open concept of the oxidation
pond, then by all means, further beautify the luxurious property development,
housing in the future, the rich residents with their own sewage.
We are to understand that there is no concrete decision
made yet by the government on this project. It means that it can be reviewed
and the STP may be relocated to a place more appropriate.
Soil Them Not With Thy Poop! The Idea Is To "Gatorise" The Malays, Not "Ghetto-Rise" Their Neighbourhood!
Soil Them Not With Thy Poop! The Idea Is To "Gatorise" The Malays, Not "Ghetto-Rise" Their Neighbourhood!
Skudai Kiri, Kampung Pasir And Pengkalen Merin Are The
Three Main Affected Areas, And The Majority Of These Residents Were The Ones
Who Carried Barisan Nasional Through In Pulai In The Last 13 Elections In The
History Of This Nation.
These Loyalists Are The Kind Most Commonly Coined Or
Referred To By Our Top Leaders As Barisan Nasional’s 'Fixed Deposit". Let Us
Not Transform Them Into A Leaking Curent Account".
Johor Cannot Afford To Lose Even One Vote In The Next General
Elections.
(DALAM BAHASA MELAYU)
Projek-projek
mega yang sedang rancak bertumbuh di persekitaran Danga Bay kini sudah mula
menjadi kebimbangan dan kegusaran kepada penduduk kawasan bertentangan yang
berhampiran khususnya di kawasan kediaman Marine Vista, yang cukup prihatin dan
begitu ketara ketidakselesaannya.
Dengan
kepadatan penduduk kawasan tersebut, segala permasalahan ketika hujan lebat
seperti banjir kilat dan kesesakan lalulintas yang tidak terkawal adalah
berpunca dari kurangnya perancangan perparitan semasa proses pembangunan
kawasan tersebut yang lebih sistematik dan lebih berpemikiran hadapan.
Saya
telah berusaha membawa perkara tersebut dalam perjumpaan saya bersama
Jawatankuasa Tindakan Khas di Pejabat Daerah Johor Bahru dengan harapan agar
pihak-pihak yang berkenaan akan mengambil tindakan tegas dengan serta-merta
bagi membaik-pulih keadaan.
Namun
apa yang lebih menruncing dan membimbangkan saya adalah aduan-aduan dari
penduduk-penduduk di Skudai Kiri di mana loji rawatan air kumbahan bakal dibina
diatas tanah seluas 18 ekar di kawasan itu . Yang lebih mengharukan, loji
tersebut dibina diatas kawasan yang padat dengan penduduk Melayu dan projek itu
memberi laluan untuk memenuhi keperluan penduduk pembangunan baru di
persekitaran Danga Bay dan Nusajaya.
Skudai
Kiri adalah kawasan Melayu di antara tengah-tengah bandar Johor Bahru dan ibu
kota pentadbiran negeri di Nusajaya. Perancangan loji rawatan air kumbahan ini
dilihat seolah-olah seperti suatu bentuk penghinaan untuk diletakkan di dalam
kawasan penduduk orang Melayu, sedangkan jumlah keluasan bagi Danga Bay
merangkumi lebih daripada 450 ekar. Walaupun tapak yang di cadangkan itu
kepunyaan pemaju, pastinya untuk mencari 18 hingga 20 ekar ditempat lain adalah
cukup mudah tanpa melibatkan kawasan behampiran penduduk Melayu yang sudah lama
bertapak di situ.
Secara
tidak langsung jika loji tersebut dibina, nilai tanah kawasan tersebut bakal
menjunam dan segala bentuk penambahbaikkan dan pertumbuhan ekonomi bakal
berhenti dengan serta merta. Taraf kehidupan bagi penduduk Melayu di situ juga
besar kemungkinan akan semakin merosot.
Adalah
tidak keterlaluan untuk saya nyatakan disini bahawa keseluruhan penduduk yang
menetap dikawasan ini merupakan pengundi tegar Barisan Nasional. Dalam
kesibukan pucuk pimpinan kita mencari 'faktor wow' dan kelainan dalam UMNO, sementara kita menunggu
ianya tiba, sekurang-kurangnya kita pelihara dahulu sebaik mungkin kepada
mereka yang cukup setia dan tidak berbelah bahagi dalam memberi komitmen dan
sokongan kepada kita selama ini. Naluri merekalah yang patut didahulukan.
Jika
benar seperti yang diwar-warkan bahawa loji yang bakal terbina adalah yang
tercanggih didunia, mempunyai ciri tertutup dan akan diterap dengan lanskap
yang cantik berbanding dengan konsep konvensional yang terbuka, mengapa tidak
loji tersebut dibina didalam kawasan pembangunan hartanah mewah berhampiran
tempat tinggal mereka sendiri, yang berlanskapkan kekayaan gaya hidup masa
depan? Bukankah ianya bersesuaian bagi memenuhi penyelesaian masalahan kumbahan
mereka sendiri?
Kami
difahamkan bahawa tiada lagi keputusan yang konkrit dibuat oleh kerajaan untuk
kelulusan projek ini. Maka segala perancangan masih boleh diubah suai
mengikut kesesuaian dan kepentingan penduduk disini.
Skudai
Kiri, Kampung Pasir dan Pengkalen Merin adalah diantara tiga kawasan utama yang
terjejas, dan majoriti penduduk disini adalah orang-orang yang telah
bertanggung-jawab di atas kemenangan besar kepada Barisan Nasional di Pulai dalam
pilihan raya sepanjang sejarah 13 pilihanraya umum di bumi Malaysia.
Bumi
Johor inilah yang layak dikategorikan sebagai asset penting dan benteng
terakhir Barisan Nasional. Sudah sampai masanya kita mementingkan penyokong
tegar kita dahulu dari mengejar apa yang mungkin tidak akan berbelah kepada kita
pada akhir hari yang suka berselindung di atas alasan pembangunan.
Apa Gunanya Kalau Ada Pembangunan Yang Tidak Menyebelahi Orang Tempatan Malah Menjadi Penyebab Pula Kepada Kita Hilang Kuasa. Allahu Alam.
No comments:
Post a Comment