Inilah usul yang dibawa oleh diri saya mewakili UMNO Bahagian Pulai. di Mesyuarat Agong Bahagian pada tahun 2005.
MUKADDIMAH USUL
MENGETAHUI : Ilmu adalah tunjang kepada semua akitek pembangunan sains,
teknologi, aero-angkasa, matematik dan pelbagai pengetahuan. Bahasa pula adalah penyampainya. Ilmu itu tidak mempunyai sempadan atau kesudahan. Selagi manusia itu ada:
“MENGUASAI ILMU - MENGUASAI DUNIA”
Ilmu tidak datang bergolek, tidak juga datang melayang – bak kata pepatah melayu:
“PECAHKAN RUYUNG DAPATLAH SAGUNYA”
BENAR : Banyak usaha telah dijalankan oleh kerajaan, dengan melibatkan pakar-pakar bahasa untuk mendaulatkan bahasa kita – Bahasa Melayu - bahasa kebangsaan. Dasar Pelajaran Baru berasaskan LAPORAN RAZAK (1956) dan LAPORAN ABDUL RAHMAN TALIB (1960) telah mengubah sekolah-sekolah yang pada awalnya dikenali sebagai Sekolah Rakyat, yang kemudiannya dikenali sebagai Sekolah Umum dan sekarang dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Ini semua dilakukan demi perpaduan dan penjenamaan IDENTITI MELAYU.
KEJUTAN : Istilah Dunia Tanpa Sempadan telah melonjakkan permintaan tinggi untuk menguasai ilmu. Bahasa yang menguasai dunia sahaja yang boleh dibawa dalam persaingan untuk mendalami bidang-bidang Sains dan Teknologi. Maka bersedialah kita dari sekarang demi memertabatkan Negara kita Malaysia sebagai negara maju.
MAKA : Dengan ini saya Tengku Putra Haron Aminurrashid B. Tan Sri Tengku Hamid Jumat – Naib Ketua UMNO Bahagian yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian mewakili UMNO Bahagian Pulai – mohon membentangkan Kertas Usul Pendidikan dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pulai pada hari ini, Ahad, 22hb Mei 2005.
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Keputusan kerajaan untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains telah dibuat untuk menghadapi cabaran era baru. Negara kita memerlukan generasi muda yang gagah bersaing dengan warga negara lain di dunia, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Bahasa Melayu sudahpun membuktikan kebolehannya menyampaikan ilmu, termasuk Matematik dan Sains, hingga ke tahap tertinggi. Kejayaan ini telah dicapai melalui usaha gigih Dewan Bahasa dan Pustaka, tenaga pengajar di universiti, maktab dan sekolah, serta banyak pihak yang berkebolehan dari pelbagai bidang. Mereka telah membuat terjemahan dari buku-buku Inggeris, juga menghasilkan buku-buku asli dalam Bahasa Melayu.
Namun demikian, zaman ledakan ilmu dan maklumat (knowledge and information explosion), dan perkembangan ‘dunia tanpa sempadan’ telah mengubah ‘keselesaan kedudukan’ Bahasa Melayu. Kadar pertambahan ilmu dan maklumat tidak lagi seperti dulu. Pertambahannya berlipat-ganda, sehingga kadang-kadang menggerunkan – lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi; terlalu cepat untuk diikut. Jika anak bangsa kita terpaksa menunggu untuk mendapatkannya melalui terjemahan ke Bahasa Melayu, akan ketinggalan akhirnya.
Secara kebetulan, Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa dunia yang menyampaikan ilmu dan meklumat ini – sebahagian besarnya menerusi internet. Secara kebetulan juga, sejarah hitam penjajahan telah membawa Bahasa Inggeris ke Tanah Melayu. Bertahun kita bergelut dalam perjuangan memartabatkan bangsa. Ini diikuti pula dengan peristiwa 13 Mei 1969. Berbagai gagasan muncul dengan langkah-langkah untuk mencegah daripada berulangnya peristiwa sepertinya. Antara yang paling penting ialah pelaksanaan Dasar Pelajaran Baru yang berasaskan Laporan Razak (1956) dan Laporan Abdul Rahman Talib (1960) yang dikukuhkan oleh Akta Pelajaran 1961 – yang menetapkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, bermula di peringkat sekolah rendah. Bahasa Kebangsaan (Melayu) dijadikan alat pengikat dan pemersatu bangsa Malaysia. Semenjak itu penggunaan bahasa kebangsaan semakin semarak dan semakin diperluaskan ke peringkat tertinggi sehingga hari ini.
Hari ini kita boleh berbangga kerana telah berjaya mendaulatkan semula bahasa kita, Bahasa Melayu. Dengan keyakinan ini kita tidak harus ragu-ragu mempergunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Ia adalah ‘alat’ di tangan kita untuk menguasai ilmu dan maklumat terkini, supaya kita tidak ketinggalan dalam era globalisasi ini. Demikianlah yang dilakukan di negara-negara seperti China dan Jepun – ia adalah langkah bijak tanpa mengabaikan bahasa kebangsaan sendiri.
Matapelajaran Sains dan Matematik telah mula diajar dalam bahasa Inggeris pada tahun 2003, iaitu kepada murid-murid Tahun Satu sekolah rendah dan Tingkatan Satu sekolah menengah. Jadi, pada tahun ini (2005), Matematik dan Sains disampaikan melalui bahasa Inggeris dalam tahun 1,2 dan 3 di sekolah rendah manakala dalam Tingkatan 1,2 dan 3 di sekolah menengah. Menurut jadual, tahun ini pelajar-pelajar akan mengambil PMR dan menjawab kertas dua matapelajaran itu dalam bahasa Inggeris; pada tahun 2007 mereka dijangka berbuat begitu di peperiksaan SPM dan demikianlah seterusnya. Bagi murid-murid sekolah rendah pula, UPSR akan diambil dengan kertas Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris pada tahun 2008.
Kajian awal yang dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor telah menunjukkan hasil yang membimbangkan, iaitu prestasi anak Melayu di negeri ini, dalam matapelajaran Matematik dan Sains (tahun 2003 dan 2004) kini rendah, berbanding dengan pencapaian ketika dua matapelajaran ini diajar dalam Bahasa Melayu. Hasil kajian ini, yang telah dijalankan dengan rasa tanggungjawab dan prihatin terhadap kemajuan anak bangsa, haruslah dipandang serius oleh semua pihak.
Hasil kajian ini menyedarkan kita tentang satu masalah besar yang perlu diatasi. Namun, ini tidak bererti kita harus berundur ke belakang, pada peringkat awal usaha besar, penting, malah perlu ini. Setiap perubahan untuk menemui kemajuan memanglah terpaksa menemui masalah pada permulaannya.
CADANGAN KAEDAH MENGHADAPI KESUKARAN PPSMI DI PERINGKAT AWAL
Menginsafi keadaan ini, langkah seterusnya yang perlu diambil ialah mencari penyelesaiannya. Punca-punca masalah harus diselidiki. Strategi untuk menanganinya wajar disusun dan dilaksanakan bersama oleh semua pihak yang berkaitan. UMNO sebagai pejuang dan pendukung kemajuan bangsa – turut mempunyai peranan penting dalam hal ini. Menyedari kepentingannya, UMNO Bahagian Pulai mencadangkan beberapa kaedah awal untuk menangani kesukaran pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris:
1. Tenaga pengajar: Siasatan selanjutnya mungkin sekali menunjukkan bahawa tenaga pengajar yang berkebolehan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris perlu ditambah, terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar. Kursus-kursus latihan untuk menghasilkan lebih banyak guru yang demikian perlu ditingkatkan di universiti, maktab dan pusat-pusat latihan harian, hujung minggu serta masa cuti. Bilangan tenaga pengajar turut dapat ditambah dengan mengambil lebih ramai guru yang sudah bersara dan memberi latihan semula kepada sebanyak mungkin siswazah sedang menganggur yang berpengetahuan dalam bidang Matematik dan Sains.
2. Kaedah Pembelajaran: Media massa (radio, televisyen dan surat khabar) boleh digunakan untuk menyampaikan pelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dengan kaedah yang paling menarik dan berkesan. Di samping itu, rancangan dan siaran tv serta radio berbentuk akademik di samping menghiburkan perlu digalakkan pertumbuhannya untuk menarik minat mempelajari Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.
3. Kemudahan Pembelajaran: Kemudahan komputer dan internet perlu diperluaskan ke kawasan luar bandar dan pedalaman agar para pelajar tidak ketinggalan untuk memanfaatkan kemudahan tersebut sebagai sumber ilmu dan maklumat. Minat mereka untuk menguasai bahasa Inggeris akan teransang dengan hebat sekali dengan kaedah paling terkini ini.
4. Peranan Sekolah: Untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam ujian dan peperiksaan, pihak sekolah harus memperbanyakkan serta memperhebatkan sesi latihan menjawab soalan Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris. Panduan dan latih tubi serta penerangan aspek-aspek sukar yang diajukan kepada pelajar akan membina penguasaan mereka. Penguasaan akan meningkatkan minat dan minatlah yang akan membawa pelajar ke tahap penguasaaan yang lebih tinggi.
KEWAJARAN MENERUSKAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN MATEMATIK DAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS
Anak Melayu tidak kurang kecerdasan otaknya berbanding dengan kaum lain. Bakat dalam penggunaan bahasa juga sama baiknya. Begitu juga kebolehan semulajadi dalam Matematik dan Sains. Segala ini terbukti dengan kejayaan cemerlang yang dicapai oleh anak Melayu dalam pelbagai bidang termasuk Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Jadi mangapakah masalah kemerosotan pencapaian anak Melayu dalam matapelajaran Matematik dan Sains timbul setelah ianya dikendalikan dalam Bahasa Inggeris, sedangkan pencapaian anak kaum-kaum lain tetap berprestasi tinggi?
Jawapan yang paling logik dan tidak harus dinafikan ialah: sikap. Anak Melayu kurang yakin malah menggeruni Bahasa Inggeris. Pelajar harus difahamkan sepenuhnya tentang peranan Bahasa Inggeris sebagai salah satu ‘alat’ untuk meninggikan daya saing mereka di kalangan bangsa-bangsa dunia. Kedaulatan dan keutamaan bahasa Melayu perlu ditegaskan. Namun rasa curiga dan tidak selesa terhadap Bahasa Inggeris perlu dikikis. Untuk mengubah pandangan dan perasaan negatif ini, penguasaan murid-murid melayu dalam ketiga-tiga matapelajaran ini perlu dipertingkatkan serentak dengan kaedah pengajaran terbaik diiring motivasi serta pembinaan keyakinan diri.
Apa yang telah dimulakan harus diteruskan atas rasional berikut:
1. Kalau kita berpatah balik menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mata pelajaran Matematik dan Sains, akan berterusanlah masalah yang dihadapi di peringkat universiti selama lebih tiga dekad. Untuk mencapai tahap yang memuaskan di universiti, kuliah dan kerja makmal sahaja tidak mencukupi. Ilmu tambahan dari bahan rujukan sangat penting. Hasil-hasil penyelidikan dan pemindahan teknologi di peringkat tinggi yang telah diterjemahkan adalah amat terhad. Usaha penterjemahan tidak setanding dengan permintaan dan keperluan bahan rujukan. Pelajar kita menghadapi masalah untuk menguasai sepenuhnya bahan rujukan dalam Bahasa Inggeris. Akibatnya, antara lepasan universiti kita, hanya segelintir sahaja yang benar-benar cemerlang dan dihormati di peringkat antarabangsa. Masalah ini pasti semakin rumit dalam era ledakan ilmu dan maklumat sekarang. Kita memerlukan generasi baru yang dapat menguasai dengan cepat dan tepat segala ilmu serta maklumat yang bertambah secara berlipat ganda. Generasi baru ini sedang kita bina sekarang, dengan mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris di peringkat awal. Kita masih mempunyai masa untuk mengatasi kelemahan awal. Dengan usaha gigih dari semua pihak, insyaAllah, apabila generasi baru ini sampai ke universiti, mereka akan berupaya sepenuhnya menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Tidak ada lagi masalah memahami istilah, ungkapan dan struktur ayat dalam Bahasa Inggeris. Semua bahan, baik dari buku mahupun internet, dapat difahami dengan serta-merta. Kita akan mempunyai bukan hanya segelintir malah sebilangan besar siswazah yang setanding dengan lepasan universiti terbaik di negara-negara maju.
2. Mata pelajaran EST (English in Science and Technology), tidak cukup untuk membina penguasaan Bahasa Inggeris dalam sains dan teknologi. Jika mata pelajaran Matematik dan Sains kembali diajar dalam Bahasa Melayu, tidak mungkin semua istilah, ungkapan dan struktur ayat Bahasa Inggeris yang diperlukan itu diajar dalam mata pelajaran EST. Pelajar juga akan sentiasa mengalami kekeliruan antara istilah Bahasa Melayu dan istilah Bahasa Inggeris.
3. Jika kita berundur, kita akan memberi tanggapan negatif kepada anak bangsa kita. Setelah memimpin mereka ke jalan menuju kejayaan, tiba-tiba kita bawa mereka berpatah balik, semata-mata kerana menemui masalah di peringkat awal. Sebaliknya, kita harus mengundang mereka untuk sama-sama mengatasi masalah dan memupuk sikap positif dalam menempuh cabaran.
4. Di mata kaum-kaum lain juga kita membentuk imej negatif jika kita berundur. Mereka pasti membuat andaian bahawa kita berpatah balik kerana jelas sekali kita tidak mempunyai keyakinan terhadap kebolehan anak-anak kita berbanding anak-anak mereka. Tambahan pula, mereka tidak akan mengurangkan usaha mereka selama ini untuk memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris anak-anak mereka. Di peringkat universiti, mereka akan cemerlang. Akibatnya, kita akan kalah bersaing di peringkat tinggi, bukan sahaja dengan siswa negara-negara asing, tetapi juga dengan pelajar kaum lain dari negara kita sendiri.
Kesimpulannya, perubahan sikap pelajar-pelajar Melayu, ibu-bapa dan guru-guru mereka, serentak dengan pengukuhan kaedah pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris adalah amat kritikal sebagai penentu kejayaan usaha ini. Penerangan telus dari pihak kepimpinan kepada pelajar, hala tuju pembangunan negara dan kursus-kursus motivasi dan penerangan, harus dipertingkatkan. Para pelajar, khususnya dan masyarakat amnya, harus disedarkan tentang kedudukan mereka di kalangan antarabangsa dan pelbagai kaum di tanah air sendiri.
InsyaAllah, berkat usaha kita dari semua sektor masyarakat dan kerajaan, anak Melayu akan menguasai segala alat untuk menimba ilmu dan maklumat seluas lautan tidak bertepi, secepat dan secekap bangsa lain di serata dunia. Semoga terlahirlah generasi baru bangsa kita yang berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa maju di muka bumi ini.
Dengan kata-kata demikian, dengan rendah dirinya, saya mewakili UMNO Bahagian Pulai, mohon mencadang. Sekian, terima kasih. Wasallam.
Saya yang menjalankan tugas,

Tengku Putra Haron Aminurrashid b
Tan Sri Tengku Hamid Jumat
( Pengerusi Biro Pendidikan merangkap
Naib Ketua UMNO Bahagian Pulai )
Pada tahun 2009, empat tahun setelah usul ini di utarakan, saya masih berpegang kepadanya sebagai langkah yang terbaik untuk anak-anak bangsa Melayu terus maju menghadapi dunia tanpa sempadan dimana Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantaraannya.
Tun Dr Mahathir has aired his views on this in his blog http://chedet.co.cc/chedetblog/, and I am inclined to concur with him one hundred percent.
1 comment:
Salam tuan,
Saya menyokong isu ini. Jangan perlekehkan kebolehan anak-anak melayu. Yang membezakan antara mereka dengan bukan melayu ialah usaha. Jika usaha meereka sama atau lebih dengan bukan melayu, pasti isu ini tidak menjadi masalah.
Post a Comment