Wednesday, July 9, 2008

TIDAKKAH BADAN PERHUBUNGAN NEGERI-NEGERI PULAU PINANG DAN SELANGOR MELANGGAR TATAETIKA PARTI?

Dalam dua hari yang berlalu, di dalam Berita Perdana, pemimpin-pemimpin UMNO dari dua buah negeri telah mengumumkan secara terbuka sokongan mereka kepada kedua-dua pemimpin Negara untuk di kekalkan kerusi-kerusi mereka di dalam pemilihan UMNO yang bermula tidak lama lagi. Mungkinkah perbuatan mereka itu telah melanggar Tataetika UMNO yang telah di persetujui dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi pada 27hb Mac 2008?

Perkara 5 SALAHLAKU.

Ahli parti di larang dari melakukan perkara -perkara berikut:

5.3 Penerbitan dan Penggunaan Media Massa Elektronik atau Internet.

" menerbit, menyiar atau menulis apa-apa risalah, majalah, makallah, buku atau lain-lain karya secara langsung atau tidak langsung, yang mempunyai unsur-unsur menyokong, memfitnah, mencela, mengkeji, atau mengandungi kenyataan palsu terhadap mana-mana Ahli parti yang di siarkan melalui media massa, elektronik atau internet dengan tujuan untuk mengelirukan sesorang berkenaan Ahli UMNO yang lain, mempengaruhi atau mendapat undi atau sokongan bahgi pihaknya atau orang lain dalam mana-mana Pemilihan Parti."

Mungkinkah dengan menggunakkan televisyen untuk mengisytiharkan sokongan terbuka kepada YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan YAB Dato' Sri Najib Tun Razak sebagai Presiden dan Timbalan Presiden oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Pulau Pinang dan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor itu bersifat sebagai pelobi yang secara terang berkempen dan boleh menjejaskan pencalonan penyandang Presiden dan Timbalannya? Apakah tindakan yang akan diambil keatas mereka? Ini perlu dihalusi supaya ahli-ahli dari MKT ke akar umbi dapat tahu dimana batasannya. Rakyat jelata yang bukan ahli UMNO sedang melihat bagaimana UMNO sedang menjalankan peroses pemilihannya. Sudah tentunya kritikan keras akan di keluarkan apabila jelas kelihatan ada darjah berkembar (double standard) didalam pentadbiran parti yang menguasai kerajaan yang boleh menjejaskan kredibilitinya untuk terus memimpin.

Ahli-ahli UMNO seluruh negara sekadar ingin tahu dengan jelas dan tepat apa yang boleh dan apa yang tidak boleh di lakukan dan samada peraturan ini berkuatkuasa keatas kesemua ahli-ahli UMNO atau hanya yang bertanding di peringkat bahagian-bahagian sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

Memang terang2 melanggar tataetika yang dibuat sendiri oleh Umno Malaysia. Sepatutnya semua Pengerusi Umno negeri yang terlibat didesak untuk meletak jawatan dan dibawa kepada majolis disiplin Umno

http://dunia-politik.blogspot.com