Wednesday, October 5, 2022

 Demi Rakyat, Alasan Banjir Bukan Halangan Untuk Mengadakan Pilihanraya

1. Kebelakangan ini terdapat banyak kenyataan-kenyataan yang merupakan kenyataan populis dengan mengatakan waktu tidak sesuai untuk mengadakan pilihanraya kini kerana musim banjir sudah hampir tiba.

2. Yang membuat kenyataan ini adalah dikalangan ahli2 politik dari kedua dua belah pihak iaitu pembangkang mahupun kerajaan, dan segelintir dari parti UMNO itu sendiri yang tidak tahu mengikut garisan parti.

3. Kesemuanya mereka ini kononnya memikirkan hal rakyat  dengan memberi “soundbites” yang sedap didengar tetapi secara lojiknya jauh tersasar.

4. Sebaliknya keberangkalian banjir berlaku dimasa kempen pilihanraya itulah yg sepatutnya memberi ketenangan kepada rakyat yg mungkin akan terjejas dengannya. 

5. Pertama. Jika banjir tidak berlaku, kehidupan mereka berjalan seperti biasa dan mereka boleh samada a) turut berkempen untuk parti yang mereka sokong, b) hanya keluar untuk mengundi di hari kejadian, atau c) pilih untuk tidak mengundi langsung.

6. Kedua. Jika banjir berlaku di waktu musim pilihanraya, sudah tentunya kesemua parti2 yg bertanding akan bergesa2 mencurahkan pertolongan dari segi kedrat mahupun bantuan kewangan untuk mangsa, samada diatas keikhlasan pihak2 tersebut atau pun semata2 untuk meraih undi. Sekaligus beban mereka akan berkurangan berbanding dengan hanya bertungkus lumus dengan keluarga masing2 membersihkan rumah dari lumpur dan sebagainya.

7. Dari itu, di manakah lojik para pemimpin dan pembangkang yg mengatakan ia akan membebankan mangsa? 

8. Sebenarnya ianya akan membebankan mereka yang menolak cadangan pembubaran diwaktu banjir kerana jika banjir berlaku, calon2 dan parti2 pemalas inilah yang “terpaksa” menunjuk muka dan memberi bantuan kepada mangsa.

9. Di Johor dalam tiga minggu yang lepas telah terjadinya banjir. Lihat sahaja parti mana yang turun padang untuk membantu rakyat. Bayang2 pembangkang pun tiada kelihatan ditempat2 terlibat. Padahal mereka lah yang menyalak agar PRU tidak diadakan dimusim tengkujuh.

10. Sebaliknya pemimpin2 mereka boleh pula turun ketempat2 yg kering untuk memberi ceramah menentang PRU diadakan diwaktu ini sebab musim banjir hampir tiba.

11. Terbukti sudah, sebelum lagi PRU diadakan, siapa yang turun padang dan membantu mangsa ketika susah dan siapa yg hanya sibuk berceramah menghasut rakyat.

12. Kesimpulannya, pengundi2 harus menolak mereka yg tidak kehabisan menakut2 kan orangramai atas nama kebajikan rakyat, sedangkan mereka membangkang sebenarnya kerana hendak elak dari membantu rakyat dikala mereka amat memerlukan pertolongan.


Dengan Tulus Ikhlas Dan Ta’at Setia,











Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid AlHaj B Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat.

Ahli Dewan Undangan Negeri 

N47 Kempas (2013-2018)

Johor Darul Ta’zim.