1 Di Perhimpunan Agung UMNO yang telah diadakn baru-baru ini, kita merasakan bahwa Presiden parti telah gagal memanfaatkan mandat yang diberikan oleh perwakilan pada hari terakhir persidangan untuk merungkaikan pemasalahan parti.
2 Beliau bukan hanya tidak meminta Menteri-Menteri Umno untuk segera menarik diri dari Kabinet, malah memberi mereka lebih banyak ruang untuk menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk menyebarkan lagi "racun" di kalangan akar umbi yang semakin perlahan-lahan termakan dengan tohmahan yang dibuat terhadap pemimpin dan parti. Perang mulut secara terbuka dan bangkangan antara pemimpin semakin berleluasa dan merugikan parti.
3 Dari pengamatan saya, terdapat tiga puak dalam UMNO, yang telah menyumbang kepada keretakan dalam parti.
4 Pertama, puak yang menyokong Presiden yang beranggapan bahawa dia terpilih secara demokratik dan mesti dibenarkan untuk menghabiskan penggalnya walaupun terdapat kecaman-kecaman keatasnya yang kadang-kadang disebabkan oleh kebodohannya sendiri.
5 Ketika ini, puak ini adalah kumpulan majoriti kerana dasar parti baru-baru ini yang memilih untuk tidak bekerjasama dengan PPBM dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
6 Kedua, puak yang menyokong Menteri-Menteri Umno dalam Kabinet, yang kebanyakannya cenderung untuk bekerja dengan PPBM dalam pilihan raya akan datang.
7 Puak ini perlahan-lahan berkembang jumlahnya kerana sumber yang dimiliki oleh tuan mereka sebagai anggota Kabinet amatlah besar.
8 Perlu diingatkan bahawa dalam 8 jawatan teratas dalam parti, iaitu Presiden, Timbalan Presiden serta naib-naib presiden (termasuk ketua-ketua sayap), hanya dua daripada mereka adalah anggota Kabinet. Mereka adalah Naib Presiden Ismail Sabri dan Ketua Wanita Noraini Ahmad.
9 Oleh yang demikian, kekuatan sebenar parti UMNO ini tidak terpusat di dalam majlis tertinggi, dan ini lah yang menyebabkan bangkangan terbuka yang diperlihatkan akhir-akhir ini. Secara perlahan, ianya menyebabkan lebih banyak keretakan dalam parti.
10 Dan yang ketiga adalah puak yang tidak semestinya menyokong Presiden atau Menteri, tetapi ta’at setia kepada UMNO sendiri.
11 Kumpulan ini lah yang mahukan parti dengan segeranya mengadakan pemilihan mengikut Perlembagaan untuk mengembalikan ketenteraman dalam UMNO.
12 Kita berpendapat bahawa UMNO WAJIB Mengadakan Pemilihannya Tahun Ini Seperti Yang diperuntukan dalam Perlembagaan parti walaupun terdapat klausa di dalamnya yang membolehkan Majlis Tertinggi menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan.
13 Klausa ini sebenarnya merupakan konflik berkepentingan kerana ini juga bermakna bahawa anggota Majlis Tertinggi sendiri dapat terus berkuasa untuk jangka waktu yang sama.
14 Kita mungkin boleh mengabaikan rakaman audio yang bocor, yang didakwa perbualan antara Presiden UMNO dan PKR. Kita juga mungkin boleh mengabaikan permintaan untuk Presiden berundur dari pucuk kempimpinan parti.
16 Pada hakikatnya, kita merasakan adalah juga satu kesalahan untuk menyingkir seorang Presiden sebelum tamat tempoh penggalnya. Sekiranya dia berprinsip, dia akan mengundurkan diri secara terhormat seperti yang dilakukan oleh bekas Presiden Dato ’Sri Mohd Najib Razak, yang mana keputusan yang dibuatnya amat dikesali oleh kebanyakan ahli UMNO hari ini.
17 Kita boleh menyokong Presiden sehingga tamat tempohnya tetapi pada masa yang sama, Jawatankuasa Tatatertib HARUS mula mengambil tindakan untuk memulihkan keadaan dalaman parti. Ini mesti dilakukan ketika akar umbi masih bersatu dan tidak dimusnahkan oleh mereka yang memegang jawatan dalam kerajaan yang mempunyai agenda yang berbeza. Jika tidak, kita boleh meminta agar Jawatankuasa Disiplin dibubarkan saja kerana ianya tidak berfungsi seperti yang diharapkan.
18 Sekiranya selepas pemilihan parti ini, muka-muka yang sama yang tidak berkeupayaan kembali megemudi parti, hanya kepada Allah SWT kita berserah untuk kita hadapi PRU15 nanti.
19 Maka seharusnya kita terima laknat daripada tindakan kita sendiri.
Dengan Tulus Ikhlas Dan Ta’at Setia,
Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid B Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat.
ADUN Kempas N47
(2013-2018).
Johor Darul Ta’zim.
10 April 2021
27 Sha’ban 1442H