Monday, October 15, 2018

DAP Insult To Malacca - A Class Act That Beats Bollywood.

DAP Insult To Malacca - A Class Act That Beats Bollywood.

  1. First of all, I don’t understand the need to rush giving out awards to newly minted servants with no service history to the nation. But that is the right of a Ruler.

  1. I can now see why His Majesty the King probably declined to have a formal birthday celebration this year at the Palace, perhaps in fear of having to bow down to recommendations to confer “knighthoods” to undeserving subjects.

  1. Nonetheless, in Malacca, it could be that the Office of H. E. The Governor preferred to honour the Rakyat by conferring the titles to those who they voted into the State government recently.

  1. Being the dramatist that he is, Mr Lim Guan Eng MP sought mileage for his party by publicly reprimanding his subordinates for accepting the honours, and in the same breath insulted the Office of the Governor by implying that it was overzealous on their part to have conferred them this early in their term.

  1. Fooling the people have been turned into an art by this gentleman. 

  1. After assuming the role of the new government, Mr Lim could have issued a strong memo to his party members to quietly and respectfully decline any offer by the highest office in any State in such circumstances. 

  1. Instead he let them go through the process only to openly slap them on the wrists and bring disrepute to the office of the Head of State.

  1. Instead of using Tun Ghafar Baba being condescending towards Malays to prove his point, he could have used his own father and himself as perfect examples of those who remain as “Encik” perhaps until death or retirement, whichever comes first.

  1. I hope this pretentious act serves as a stern lesson to all Heads of States so that they won’t try too hard and quick to please the executive branch of State governments lest they be shamed in the end.

  1. This act will continue for as long as there are drama freaks buying tickets out there. 

  1. As everyone knows, actors are personalities who pretend on stage or a set with an agenda. And those who treat them more than just an escapism tool blending them with reality, are fools. 

Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat
Johor State Representative, Kempas N47 (2013-2018)

15th October 2018

6 Safar 1440H

DAP Menghina Melaka - Lakonan Yang Mengalahkan Bollywood.

1. Pertama sekali, saya tidak memahami keperluan untuk tergesa-gesa memberi penghargaan kepada ahli ahli Yang Berhormat baru yang  belumpun  mempunyai sejarah perkhidmatan kepada negara. Namun itu adalah hak pemerintah Negeri.

2. Saya dapat membaca kemungkinan  mengapa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong enggan menyambut perayaan ulang tahun rasmi baginda di Istana Negara baru baru ini, mungkin kerana takut untuk tunduk kepada cadangan untuk menganugerah darjah atau pingat kepada subjek yang belum layak.

3. Walau bagaimanapun, di Melaka, boleh jadi Pejabat TYT Yang DiPertua Negeri ingin memberi penghormatan kepada  Rakyat dengan menganugerah darjah dan pingat kepada yang mereka telah mengundi menjadi ahli kerajaan negeri baru-baru ini.

4. Bagaikan seorang dramatis, YB Encik Lim Guan Eng cuba mengambil nama untuk partinya dengan menegur orang bawahannya secara terbuka kerana menerima darjah darjah tersebut, dan dengan teguran itu secara tidak langsung telah menghina Pejabat TYT Yang DiPertua Negeri dengan menggambarkan seolah olah keputusan itu dibuat terburu buru  tanpa memikirkan tempoh jasa, yang di anggap terlalu awal dalam penggal perkhidmatan mereka.

5. Seni lakonan ini amat tinggi.

6. Setelah memegang peranan sebagai pemimpin dalam kerajaan yang baru, Encik Lim boleh mengeluarkan memo tegas kepada ahli partinya untuk secara senyap dan dengan penghormatan yang tinggi menolak tawaran oleh pemerintah tertinggi di mana-mana Negeri dalam keadaan sedemikian.

7. Sebaliknya, beliau membiarkan mereka menjalani segala proses tersebut supaya kemudiannya dapat beliau menegur secara terbuka dan secara tidak langsung menyentuh keputusan pejabat tertinggi negeri itu.

8. Daripada menggunakan nama Almarhum Tun Ghafar Baba supaya membeli jiwa orang Melayu untuk membuktikan maksudnya, beliau boleh menggunakan bapanya dan dirinya sendiri sebagai contoh terbaik bagi mereka yang kekal sebagai Encik sehingga bersara atau mati.

9. Saya harap perbuatan ini menjadi pengajaran tegas kepada semua Ketua-ketua Negeri supaya usaha murni mereka itu tidak disalah tafsir oleh rakyat sebagai keinginan untuk menghampu pemimpin-pemimpin kerajaan baru negeri masing masing.

10. Lakonan ini akan berterusan selagi ada penagih penagih drama yang “membeli tiket” di luar sana.

11. Seperti yang diketahui umum, pelakon adalah personaliti yang berpura-pura di panggung atau pentas dengan agenda cerita tersendiri. Jika penagih drama semuanya menganggap seolah2 karakter pelakon itu hidup di luar pentas, maka tertipulah semua hingga ke akhir hayat mereka.

Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat.
Ahli Dewan Undangan Negeri, Kempas N47 (2013-2018).
Johor.

15hb Oktober 2018