Tuesday, September 8, 2009

RESOLUSI BIRO PENDIDIKAN UMNO BAHAGIAN PULAI


Resolusi ini diserahkan kepada Majlis Kerja Tertinggi UMNO melalui YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa beliau menyandang jawatan Naib Presiden UMNO pada 21hb April 2006 di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru.

PENDAHULUAN

Menyedari betapa pentingnya generasi belia remaja terutama anak-anak Melayu sebagai pewaris bangsa pada masa hadapan, maka satu pelan tindakan serta perancangan secara holistik perlu diambil terutama dalam menangani segala macam penyakit sosial yang melanda masa kini.

Setiap kali Perhimpunan Agung diadakan, topik mengenai Ekonomi, Pendidikan, Agama dan Sosial hangat diperkata dan dibahaskan. Namun setiap kali berakhir persidangan, segala yang disuarakan tidak lebih kepada retorik semata-mata tanpa tindakan susulan atau pemantauan.

Memang tidak dinafikan kerajaan yang diketuai oleh UMNO telah melabur dan membelanjakan berjuta-juta ringgit semenjak kita merdeka 49 tahun yang lalu dalam bidang pelajaran, ekonomi serta meningkatkan prasarana supaya seluruh rakyat dapat hidup dengan aman, makmur dan sejahtera.

Kini tiba masanya, kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap pembangunan modal insan sebagaimana yang di sarankan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, terutama kepada para belia remaja supaya agenda untuk melahirkan generasi yang berwibawa, mantap jiwa serta minda dan patriotik akan terlaksana.

Maka perlaksanaan tidak tertumpu kepada perkara-perkara yang rutin atau sediada tetapi kita harus peka dan berani kepada punca sesuatu permasalahan yang berlaku dikalangan anak-anak Melayu khasnya.

Beberapa kajian dan penyelidikan telah di buat secara rambang oleh ahli-ahli jawatankuasa Biro dan inilah hasil siasatan kami di atas permasalahan anak Bangsa kita.



ISU

1. Anak-anak gadis Melayu yang tidak berapa pandai selepas tingkatan lima sudah tidak lagi berminat untuk belajar memandangkan mereka boleh meraih pendapatan yang lumayan menjadi GRO dan “ Call girl”. Mula-mula mereka mendapat kerja mengikut kelulusan pendidikan mereka, dan seterusnya mereka mencari hasil sampingan seperti yang di sebut di atas. Kemudain mereka mencari rumah sewa di kalangan rakan- rakan yang sehaluan dengan mereka supaya ibubapa mereka tidak banyak soal.

Di dapati mereka ini, datangnya dari keluarga yang tidak begitu berada. Ibu mereka pun segan hendak menanyakan pekerjaan anak mereka dan lebih senang dengan menerima sumbangan bulanan dari anaknya tanpa banyak soal. Umpamanya, jika ada ayam di atas meja, asalkan bukan daging khinzir, kalau tidak di tanya samada ianya di sembelih atau tidak, di kira tidak haram.

2. Ramai juga anak-anak gadis Melayu yang berada di Pusat-Pusat Pengajian Tinggi mejadi GRO dan ‘Call Girl’. Mereka di “recruit” semasa sedang minum bersama penuntut-penuntut gadis yang lain di gerai-gerai di kampus. Mereka di tarik untuk berkerja sambilan tanpa menggangu waktu pengajian mereka. Salah satu sebab perkara ini sukar untuk di kesan oleh ibubapa dan pihak berkenaan adalah kerana mereka dapat mengekalkan perestasi keputusan perperiksaan semester mereka walaupun berkerja sebagai “call girl” atau GRO sambilan. Mereka ini bukan jenis GRO yang berlegar di lounge karaoke tetapi di beri telefon bimbit asing dari yg di gunakan untuk keluarga dan akan di panggil mengikut pada waktu luar dari waktu pengajian. Ada kereta yang mengambil dan menghantar mereka pulang. Hasil dari itu, mereka boleh mendapat dalam lingungan RM1,500 ke RM 2,000 sebulan. Suatu lagi hasil penyelidikan umum. Di tahun antar 60an dan 90an, gadis-gadis muda lebih suka bergaul dan berasmara dengan jejaka sebaya dengan mereka dan menganggap geli –gelam kepada orang yang berumur. Kini, orang yang berumur dan berkedudukan di dalam dunia social, kewangan mahupun politik yang di kejar gadis-gadis muda ini. Tepuk dada, tanya selera.

3, Semakin ramai remaja Melayu yang terjebak dalam aktiviti lumba haram.
Lumba haram ini di anjurkan oleh musuh-musuh kita dengan menggunakkan anak-anak Melayu supaya bertarung nyawa untuk keuntungan mereka. Anak-anak Melayu ini pula mendapat upah yang lumayan serta ganjaran haram iaitu seorang gadis untuk seketika jika menang. Mereka juga berpendapat bahawa mengelak tahanan pihak berkuasa itu adalah suatu “thrill “ bagi mereka.


4. Terlalu mudah untuk membeli minimum keras di tempat seperti 7 Eleven.
Kalau di negara barat pun, ada tempat-tempat yang tertentu sahaja yang menjual minuman keras dan juga di hadkan waktu perniagaannya. Di samping itu, orang muda yang membelinya harus mengeluarkan kad pengenalannya untuk memasti umurnuya cukup mengikut undang-undang. Di sini, anak Melayu perempuan yang bawah umur jika beli minuman keras di kedai jenis 24 jam, gadis Islam bertudung yang menjaga cashier itu tanpa soal dan segan akan mengambil duit dan seterusnya membungkus belian itu. Inilah kebebasan yang boleh di salahgunakan oleh rakyat kita. Kalau di negara barat, ada tempat-tempat ( Dry County )yang mengharamkan sama sekali penjualan dan meminum minuman keras di khalayak ramai bukan kerana agama, tetapi kerana takutkan keruntuhan moral di kalangan masyarakatnya. Kita seharusnya lebih mulia kerana bukan sahaja kita takut akan keruntuhan moral tetapi juga ia adalah salah dan haram di sisi Agama Islam, Agama rasmi negara kita.

5. Disko atau pusat-pusat hiburan seperti karaoke yang beroperasi lebih had waktu dengan tenaga kerja terdiri dari anak-anak Melayu yang beragama Islam. Penguatkuasa dan penguasa yang mengeluarkan lesen tidak ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dan hukuman. Pengusaha-pengusaha ini juga menggunakan orang-orang tertentu untuk mendapatkan perlindungan dari penguatkuasa.



6. Tiadanya kawalan dan pemantauan yang serius terhadap anak-anak Melayu di bawah had umur mengunjungi tempat-tempat hiburan tersebut. Tempat-tempat hiburan seperti disko dan sebagainya adalah nilai dan budaya barat yang di bawa ke sini. Namun demikian, di negara barat, tempat-tempat sebegini ada pengawal had umur yang bertugas di depan pintu untuk memastikan pelanggan-pelanggannya itu berumur lebih dari yang di tetapkan. Mereka di suruh menunjukkan kad pengenalan mereka di pintu sebelum masuk membayar “cover charge”. Di Malaysia, nampaknya lebih hebat kerana tiada orang yang tetap di depan pintu untuk mengawal umur pelanggannya. Malah, kalau ada yang gadis-gadis yang muda dan menawan di beri masuk dengan minuman percuma lagi. Apalah yang boleh di harapkan dengan serbuan sekali-sekala oleh pihak yang berkuasa untuk sementara waktu sahaja.

7. Berleluasanya gejala seks bebas, penagihan dadah dan pil-pil hayal. Ini boleh di dapati di dalam pusat-pusat hiburan sebagaiman di lihat selepas setiap serbuan yang mana ujian air kencing di lakukan dengan ramai yang pulang dengan keputusan positif.

8. Penampilan hiburan, kemewahan, kedudukan serta penonjolan sensasi dan popular yang terkelaluan dalam media massa dan elektronik


JUSTIFIKASI

Sehingga kini peratusan orang Melayu yang berkualiti semakin mengecil jika dibandingkan dengan nisbah anak-anak Melayu yang rosak serta mengalami keruntuhan akhlak. Kita akan mengalami ketandusan anak-anak lelaki sebagai pemimpin lebih-lebih lagi sebagai ketua keluarga dan anak-anak perempuan yang bakal melahir dan meneruskan zuriat yang bersih lagi suci.


Melayu mudah lupa tetapi musuh-musuh tidak pernah leka dari melihat kelemahan serta kepincangan kita. Apa yang lebih bahaya adalah musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan. Kapak yang dibuat dari besi tidak boleh memotong kayu tetapi kayu juga yang memotong kayu kerana mata kapak tanpa kayunya tidak boleh digunakan. Maksudnya rosaknya Melayu bukan kerana orang lain tetapi kerana orang Melayu juga.


Kita harus ingat bahawa dalam tempoh tiga tahun lagi, Casino dan pusat hiburan gergasi yang akan menghidangkan bermacam peluang maksiat akan di buka di negara jiran kita. Apakah langkah kita untuk mengelakkan dari penghijrahan anak-anak bangsa kita ke tempat sedemikian untuk mencari makan? Di sana, mereka tak perlu menjelajah dunia kerana di situlah terdapat segala yang ada di serata dunia. Anak-anak bangsa kita yang di sana mahu pun yang di sini akan mendapat peluang-peluang berkerja yang luas memandangkan rupa dan paras mereka lebih menawan dari yang lain. Andaikata pendapatan di sana sangat lumayan dan kita belum sempat membetulkan akhlak anak-anak kita, maka yang graduan menganggurpun akan berhijrah ke sana.


CADANGAN


Sehubungan itu, Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pulai mencadangkan:


a. Di haramkan gadis-gadis dan pelanggan-pelanggan Melayu Islam dari berkerja atau mengunjung tempat-tempat hiburan yang menawarkan GRO yang terdapat unsur-unsur maksiat dan yang boleh mendatangkan fitnah serta terdapatnya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan secara sulit. Kalaupun perniagaan itu di benarkan berterusan, maka gunakan orang-orang selain dari anak bangsa Melayu. Ini sudahpun di jadikan undang-undang di Casino di Genting dan di tempat-tempat perjudian seperti sports toto dan 4D di Johor.


b. Haramkan penjualan minuman keras dari tempat-tempat seperti 7-eleven dan lain-lain tetapi keluarkan lesen khas untuk kedai-kedai yang hanya boleh menjual minuman arak sahaja dengan had waktu yang tertentu.


c. Semakan kad atau tanda pengenalan dan umur secara serius terhadap semua pengunjung kedai arak dan menharamkan sama sekali umat Islam dari memasuki kedai itu. Tentukan umur pengunjung mestilah 21 keatas


d. Semakan kad atau tanda pengenalan dan umur secara kritikal di pintu masuk pusat hiburan. Tentukan umur pengunjung mestilah 21 keatas.


e. Peraturan beroperasi yang ketat, levi serta cukai yang tinggi terhadap pengusaha-pengusaha pusat hiburan dan tidak melebihi jam 1.00 pagi.


f. Merujuk perkara a-f, jika pengusaha perniagaan tersebut di dapati melanggar undang-undang yang di tetapkan, maka pengusahanya patut di sita dengan bayaran yang tinggi atau dihukum penjara dan perniagaannya akan di tutup untuk tempoh masa sebulan. Dengan adanya undang-undang ini, maka pengusaha perniagaan tersebut semuanya akan bersikap lebih bertanggungjawab keatas pelanggan mereka.


g. Tindakan keras serta pemantauan secara berterusan dan bukannya bermusim oleh semua pihak yang berwajib.


h. Mengadakan hukuman yang lebih keras kepada pelumba haram yang menyebabkan mereka takut untuk mengulangi kerja yang bahaya itu. Setakat mengumpul mereka dan mengimpaun motor mereka tidak memadai. Merampas motor-motor mereka di syorkan supaya mesej ini kesampaian hingga ke akar umbi warga “Mat Rempit”.


i. Kawalan dan semakan semula terhadap semua jenis penerbitan samada dalam media massa atau elektornik yang menonjolkan keghairahan atau penampilan yang melampau artis-artis tempatan samada dari segi berpakaian, percakapan, gossip serta tingkahlaku.


j. Menghadkan rancangan-rancangan hiburan dan fantasi hanya kepada saluran stesyen TV berbayar dan tidak di siaran TV umum yang terlalu mudah diikuti oleh semua golongan tanpa kawalan.


k. Menarik semula lesen penerbitan akhbar-akhbar, majalah dan bahan bacaan picisan yang tiada langsung memberi nilai tambah (Value-added) terhadap pembangunan modal insan serta tatasusila orang-orang Melayu yang beragama Islam. Lebih-lebih lagi mencerminkan kedaulatan bahasa, budaya dan kejayaan bangsa Melayu.



KESIMPULAN


Firman Allah SWT dalam Surah Al Nisa’ ayat 9 yang bermaksud, ‘Hendaklah kamu takut akan meninggalkan generasi yang lemah. Maka hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan bercakap benar’.


Kita hanya tinggal kuasa. Dari ketua negara, ketua kerajaan, ketua negeri, ketua kementerian, ketua penguatkuasa atau kita namakan saja dimana saja peringkatnya, pasti semuanya Melayu yang beragama Islam. Antara ekonomi dan pelajaran, tepuk dada tanyalah selera.. Renungilah sajak Perjuangan Belum Selesai dan Teks Ucapan Melayu Mudah Lupa.


Kita datang dari tempat dan daerah yang berbeza tetapi bangunnya kita dari fajar yang sama. Merenung jauh akan matlamat dan cita-cita, berbekal keinsafan, kesedaran dan tanggungjawab, marilah kita bangunkan kembali maruah bangsa supaya kembali gagah dan perkasa.


Merujuk akan Konsep Islam Hadhari iaitu:

Perkara 7 Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita
Perkara 8 Keutuhan Budaya dan Moral dan
Perkara 10 Kekuatan Pertahanan


Maka Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pulai mengemukakan Resolusi untuk dibawa keperingkat Majlis Tertinggi UMNO bagi diambil tindakan seterusnya.




Are We Wagging the Dog or Walking the Talk?

Above is a Resolution I presented on behalf of the Pulai UMNO Education Bureau to the Supreme Council through the then Vice President Dato’ Seri Mohd Ali Rustam at the Dewan Jubli Intan, Johor Bahru in conjunction with the launching of our Education Fund.

This Resolution not only identifies the social and moral problems facing the Malays, like they do in every single UMNO General Assembly I have ever attended as a delegate, but it also provided solutions to some of the problems that could be adopted by the government through UMNO that might reduce the ill ways of our future generation.

3 years and 5 months after presenting the Resoultion, no action has been taken by the Government. Issues that could have been avoided such as the one touching on alcohol and the Muslim in Pahang is blown out of proportion and given negative publicity today.

It is my strong view that with the lack of affirmative action taken after presenting the Resolution to UMNO then, either the Supreme Council wasn’t interested at all in finding a solution or Ali Rustam didn’t care to do his duty by presenting the paper to them.

Some would say the proper channel would be by tabling a motion in the division in its Annual General Meeting. Yeah right. Been there, done that. What better way is there, then to present it officially to the Vice President who sits in the bi-monthly meeting that goes on for hours each time discussing only God knows what?

What baffles me is the grassroots are constantly told that WE need to change and be more effective in our service when the top brass have been sitting on our research and hard work suggesting ways to solve OUR big problem.

It is time the Malay politicians stop trying to be individually popular and start to arrest the moral decadence of their own people. The number of quality Malays are declining rapidly and we keep on acknowledging it without taking affirmative action.

2 comments:

umar said...

Salam Tengku,

U seem to worry much about Malays girls.Yes indeed, they will be the mothers of future generations.
I wonder what was/is Wanita UMNO and PUTERI UMNO doing about theses moral decadence in our society ! You should have given your resolution to Rafidah or Sharizat. I think they spend more time in front of the mirror than worrying about GROs ! Whenever these girls are caught by JAWI or JAIS , WANITA UMNO and Sisters In Islam are supporting them and blaming the raiding authorities.
Remember Norita Shamsudin. Young Executive having lifestyle beyond the dream of many ITM students.
Do you think UMNO needs Wanita and Puteri Wings ?

TPJ said...

Asalamualaikum Umar.

Sorry for the delay in my response. I have been tied up with work at the division.

Yes, actually Wanita UMNO doesn't only work for Religion, Race and Country. From several previous cases, we've seen a tendency for the wing to defend the rights of womeninstead of first and foremost safeguarding the moral standard of Islam and the Malays.

Having said that, I still think that the Wanita wing is essential to the wellbieng of UMNO because on the field they work like robots and know no boundaries in canvassing for votes. They are party loyalists.

As far as the Puteri wing is concerned, i think they should be absorbed in the Wanita Wing as a bureau like Putera UMNO.

They are still too green to be top brass leaders and the lack of proper rank and file training in UMNO before shooting to the top will turn them into arrogant and project seeking leaders as we've seen today. ( Male Ministers and deputy ministers have been known to give them special priviliges as opposed to normal male and wanita members for obvious reasons.)

Selamat Hari Raya Umar. Maaf Zahir dan Bathin and thank you for reading and commenting on my blog however long-winded they can sometimes be.

Wasallam. Drive Safely.