1. Persidangan Agong UMNO yang lepas telah memutuskan untuk memberi mandat penuh kepada Presiden dan MKT menentukan waktu dan ketika untuk ahli-ahli Parlimen dan Menteri UMNO menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional.
2. Kenyataan beberapa Menteri UMNO sebelum ini yang menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan pada waktu yang diarahkan oleh parti dilihat sebagai petanda positif kesepakatan untuk akur kepada keputusan parti.
3. Pada Selasa 3hb Ogos lepas, MKT telah membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
4. Tidak perlu Presiden beri penerangan lagi kepada Ahli2 Parlimen UMNO kerana keputusan ini telah terang dan jelas di buat di Perhimpunan Agong UMNO 2020. Apa yang perlu diulang-ulang lagi? Apakah mereka tidak hadhir di perhimpunan tersebut?
5. Menteri2 yg setuju utk meletakkan jawatan atas arahan parti seperti yang dilaporkan di media adalah:
ii) Dato Sri Hishammuddin Hussein
iii) YB KJ
6. Jika mereka letak jawatan dan tarik sokongan dari PM hari ini pun kerajaan tidak akan tumbang dan maseh akan berfungsi sehingga bulan September ini dalam sidang mengundi diparlimen, melainkan ada titah susulan dari KBDYMM YDPA.
7. Namun demikian ia akan membuktikan bahawa mereka akur dan ta’at kepada keputusan parti sebagaimana yang mereka lafazkan semasa Perhimpunan Agong UMNO yang lepas.
8. Lembaga Disiplin dan MKT wajib ambil tindakan terhadap mereka untuk “restore order” atau memulihkan keta’at-setia’an di dalam parti supaya di masa-masa akan datang, pemegang jawatan dalam kerajaan tidak akan ingkar dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi dan menjadikan ia polimik di mata rakyat lagi.
9. Kita tidak boleh ada lebih dari seorang nakhoda dalam parti. Nakhoda kita adalah Presiden yang mana keputusannya dibuat bersama dengan Majlis Kerja Tertinggi dengan restu dari perwakilan di Perhimpunan Agong UMNO.
10. Jika disiplin dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi tidak diendahkan maka tak berguna lagi adanya Perlembagaan dan Peraturan Mesyuarat UMNO.
11. Jika kita hendak perbetulkan parti kita semula maka tindakan yang keras wajib diambil keatas mereka untuk dijadikan sebagai contoh kepada semua tanpa memilih bulu.
12. Mereka boleh terus memegang jawatan menteri dan sebagainya jika PM berkenan, tetapi tentunya sebagai menteri tanpa parti.
13. Langkah seterusnya selepas ini haruslah ditumpukan untuk UMNO menangani masalah dengan komponen parti dalam BN. Kita tidak boleh lagi bersekongkol dengan mereka yang kita bantu memenangi kerusi majoriti Melayu, dengan menggunakan jentera UMNO, tetapi sebaliknya mengkhianati kita demi untuk mengekalkan kedudukan mereka dalam kabinet.
14. Dengan Tulus Ikhlas Dan Ta’at Setia,
Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat,
Ahli UMNO: 01059553
No comments:
Post a Comment