Tuesday, November 24, 2015

THE PATRIOT'S SPEECH AT THE JOHOR STATE ASSEMBLY

Ucapan
 YBM Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid 
Bin Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat
Ahli Dewan Undangan Negeri, Kempas
Di Dewan Undangan Negeri
Pada
 23hb November 2015



Bismillahirahmanir Rahim.

Assalamualaikum Wbt Dan Salam Muafakat Johor.

Yang Berhormat Tan Sri Speaker,

1. Pendahulu Kata, Kempas Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kerana Di Beri Peluang Mengambil Bahagian Dalam Persidangan Ini.

2. Pertama-tamanya, Saya Mewakili Warga Kempas MerafakSembah Menjunjung Kasih Kepada Ke Bawah Duli Yang MahaMulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar SempenaHari Keputeraan Baginda Semalam. Semoga Tuanku Dikurniakan Kesihatan Yang Baik Dan Usia Yang PanjangUntuk Terus Memerintah Negeri Johor DaJajahan Takluknya Dengan Adil Dan Saksama. Daulat Tuanku! 

3. Keduanya, Kempas Merafak Sembah Menjunjung Kaseh Mendoakan Kesejahteraan KDYAM Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Yang Dilapurkan Sedang Menjalani Perubatan Ketika Ini. Sudah Tentunya Bukan Di Johor Sahaja Malah Di Seluruh Negara YanMengenali Hatibudi Beliau Turut Mendoakan Agar Dipulihkan Allah Secepat Mungkin. Amin.

4. Ketiganya, Kempas Merakamkan Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Pasukan Bolasepak Johor Darul Taqzim Di Atas Kejayaan Menjuarai Piala AFC. 

5. Kempas Menjunjung Kaseh Kepada DYAM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim Yang Bertanggungjawab Meningkatkan Prestasi Bolasepak Negeri Johor Dan Insha'Allah Malaysia Kelak. 

 YB Tan Sri Speaker

      BELANJAWAN NEGERI JOHOR 2016

6Kempas Mengucapkan Tahniah Dan Syabas Kepada YAB Datuk Seri Menteri Besar Yang Telah Membentangkan Belanjawan Untuk Tahun 2016. 

7Kempas Dapat Melihat Dengan Jelas Kesinambungan Dalam Usaha-Usaha Kerajaan Negeri Di Bawah Kepimpinan YAB Menteri Besar Untuk Memantapkan Lagi Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, Meningkatkan Kesejahteraan Hidup Rakyat Dan Melengkapkan Modal Insan Berkemahiran Tinggi.

8Kempas Menyanjung Tinggi “Projek Penghidupan” Kerajaan Negeri Johor.

9Kita Sedia Maklum Sejak Akhir-Akhir Ini  Betapa Harga Sebuah Rumah Kini Sudah Tidak Tercapai Dek Akal. Kempas Berharap Projek Rumah Mampu Milik Ini Memungkinkan Setiap Rakyat Johor Memiliki Sekurang-Kurangnya Sebuah Rumah.

10Kempas Turut Melihat Kesungguhan Kerajaan Negeri Dalam Usaha Untuk Terus Memperkasakan Rakyat Johor Dengan KemahiranPengetahuan Dan Mencungkil SertaMemupuk Potensi Mereka Sehingga Ke Tahap Yang Tertinggi.

11Bak Kata Pepatah Inggeris Yang Pertama Kali Digunakan Di Pertengahan Kurun Ke10 Dahulu, “Give A Man A Fish And You Have Fed Him Once. Teach Him How To Fish And You Have Fed Him For A Lifetime.” (Dengan Izin)

12Usaha Kerajaan Negeri Akan Membolehkan Mereka Bukan Sahaja Dapat Turut Serta Dalam Pertumbuhan Ekonomi Negeri Johor Tetapi Juga Dalam Negara. 

13Tanpa Kemahiran, Mana Mungkin Rakyat Johor Boleh Mengambil Bahagian Dalam Peluang-Peluang Yang Disediakan Oleh Kerajaan Negeri Dan Kerajaan Persekutuan.

14Kempas Juga Merakamkan Ucapan Terimakasih Kepada Kerajaan Negeri Yang Telah Mengenalpasti Kempas Sebagai Lokasi Untuk Kompleks Penyayang Yang Berharga RM50 Juta, Dengan Suntikan Awal Oleh Kerajaan Persekutuan Sebanyak RM1.8 Juta.

15Semoga Pembinaan Kompleks Ini Dapat Menyediakan Khidmat Kebajikan Secara Integrated (Dengan Izin) Kepada Mereka Yang Kurang Bernasib Baik Seperti Kanak-Kanak, Wargatua Dan Ibu-Ibu Tunggal. Ianya Juga Melambangkan Keperihatinan Kerajaan Negeri Terhadap Mereka Yang Kurang Bernasib Baik Ini.

16Kempas Mendoakan Semoga Allah SWT Permudahkan Segala Urusan YAB Datuk Seri Menteri Besar Dalam Mentadbir Kerajaan Di Penggal Pertamanya Ini Dan Seterusnya.

17Kempas Turut Mendoakan Agar Semua Pelaksana Dasar Dapat Menjalankan Tanggungjawab Seperti Yang Telah Diamanahkan Kepada Mereka Dan Peruntukan Yang Diberikan Sampai Kepada Semua Kumpulan Sasaran.

YB Tan Sri Speaker

18. Dalam Ucapan Sulung Kempas Pada Sidang Dewan Pada 11hb November 2013, Kempas Telah Mencadangkan AgarDiwujudkan Suatu Sempadan Yang Jelas Bagi Pembangunan Dan Pelaburan Bagi Warga Asing Berimpak Tinggi BertujuanUntuk Melindungi RakyaTempatan Dari ImpakPembangunan Yang Tidak Mampu Dimiliki Rakyat Tempatan. 

19Pada Hari Ini Kempas Ingin Mengucapkan Setinggi-tinggiTerima Kasih DAtas Keprihatinan YAB Menteri Besar JohorYang Bestari. Dalam Pembentangan Belanjawan Negeri JohorUntuk Tahun 2016, YAB Telah Bertindak Jauh Lebih Unggul-Dengan Mengisytiharkan Penubuhan Zon Antarabangsa Bagi Koridor Pembangunan Selat Johor (KPSJ) Yang BakalMengawal Pemilikan Hartanah Oleh Rakyat Asing Di Johor Ini. Syabas YAB Dato’!

20. Walaubagaimanapun, Terdapat Di Dalam Belanjawan Tersebut Satu Cadangan Yang Membenarkan Pemilikan Warganegara Asing Dalam Pembangunan Perumahan Hartanah, Strata Bertanah Dan Komersial Atau Perdagangan Di Luar Zon Antarabangsa Sebanyak 10% Hingga 30% Sahaja Tertakluk Kepada Kategori Pembangunan Hartanah.

21Kempas Mohon Sedikit Pencerahan Dari YAB Datuk Seri Menteri Besar Bagaimana Cadangan Ini Boleh Melindungi Atau “Insulate” (Dengan Izin) Rakyat Johor Yang Bercadang Dan Ada Sedikit Kemampuan Memiliki Perumahan Bertanah, Strata Bertanah Dan Komersial Atau Perdagangan, Dari Spekulasi Harga Hartanah Jenis Ini.

22. Kerana Perunding-Perunding Hartanah Dilapurkan Berkata Had Harga Rumah RM2 Juta Untuk Perumahan Biasa Serta RM1 Juta Bagi Strata Titles (Dengan Izin) Pada PemilikHarta Asing Boleh Merangsang Pemaju Untuk Menaikkan Harga Hartanah Yang Dibina Untuk Rakyat Johor Terutamanya Di Iskandar Malaysia. Namun Demikian Jika Boleh Biarlah Pemilik Warga Asing Ini Hanya Terhad Di Dalam Zon Antarabangsa Sahaja Dan Bukan DI Luar.

YB Tan Sri Speaker 

23Seterusnya, Kempas Mohon Mencadangkan Kepada Kerajaan Negeri Untuk Juga Mengujudkan Zon Khas Bagi Peniaga-Peniaga Tempatan Terutamanya Bumiputera Untuk Berniaga di Tengah-Tengah Bandaraya.

24Premis Perniagaan di Zon Ini Di Kemudian Hari Tidak Boleh Di Ambil Oleh Mana-Mana Pihak Untuk Di Bina Semula Bagi Kegunaan Lain.

25Kita Sudah Dapat Melihat Bagaimana Peniaga-Peniaga Melayu Terpaksa Berpindah Keluar Dari Premis Perniagaan Mereka Kerana Kerakusan Agensi-Agensi Kerajaan Dan Separa Kerajaan Untuk Mengaut Keuntungan Berlipat Ganda Menjual Premis-Premis Ini Kepada Pemaju-Pemaju Swasta Yang Kemudiannya Membina Kompleks Membeli Belah Mewah Yang Tidak Lagi Mampu Di Sewa Oleh Orang Melayu. 

26Kalau Kita Lihat Di Tengah-Tengah Bandaraya Kuala Lumpur Misalnya, Masih Tersergam Pertama Complex Yang Kini Mencapai Usia 39 Tahun. Walaupun Di Kelilingi Oleh Bangunan-Bangunan Pencakar Langit, Pertama Complex IniSeperti Dahulu Dan Masih Lagi Kini Menempatkan Perniagaan Orang-Orang Melayu. Kita Berdoa Agar Ianya Kekal Seperti Ini Sampai Bila-Bila.

27. Di Sini Mungkin Belum Ada Lagi Atau Sebagaimana Diharapkan Diatas Budibicara Pihak Kerajaan,Ianya Di Dalam Perancangan. Insha'Allah. Kalau Boleh, Kita Tidak Mahu Peniaga-Peniaga Melayu Di Sini Hanya Layak Berniaga di Pasar-Pasar Besar, Pasar-Pasar Malam dan Pasar Karat Sahaja.

 YB TAN SRI SPEAKER

  JEREBU

28Jerebu Yang Baru Sahaja Melanda Negara Sesungguhnya Telah Mencabar Kesabaran Kita. Lapan Belas Tahun Lamanya Negara Jiran Ini Bersikap Tidak Bertanggungjawab Dan Mengakibatkan Negara-Negara Jirannya Termasuk Malaysia Menderita.

29Seperti Kejituan Waktu Jam Swiss, Saban Tahun BagaiBoleh Diramal Bila Jerebu Akan Berkunjung Tiba. Negeri JohorTidak Terkecuali Dari Bahana Ini. Ia Seperti Musim Yang PastiAkan Muncul Dalam Taqwim Tahunan Kita. Dari JerebuKepada Kabut, Dan Seterusnya Asap Toksik Tebal.

YB Tan Sri Speaker 

30Negara Kita Mengalami Satu Pelanggaran Hukum Alam Sekitar Yang Paling Buruk Setakat Ini Yang Telah Menjejaskan Kesihatan Rakyat Dengan Ketara. Sebagai Sebuah Negara Yang Paling Banyak Memberikan Subsidi Kesihatan Kepada Rakyatnya, Peningkatan Bilangan Pesakit Di Klinik Dan Hospital Kerajaan Pasti Memberi Kesan Terhadap Imbangan Kewangan Negara.

31Sekolah-Sekolah Juga Terpaksa Ditutup Selama Berhari-Hari Yang Menjejaskan Jadual Dan Pembelajaran Akibat Purata Indeks Standard Pencemaran (PSI) Yang Melebihi 150 Bagi Tempoh Enam Minggu Berturut2.

32Perniagaan Menerima Pukulan Yang Paling Hebat; Syarikat-Syarikat Penerbangan Terpaksa Menanggung Kerugian Dengan Kelewatan Dan Pembatalan Operasi; Acara-Acara Sukan Antarabangsa Dan Pelancongan Dibatalkan – Mengakibatkan Kerugian Terkumpul Mencecah Berbilion Ringgit. 

33Kita Perlu Memperincikan Jumlah Keseluruhan Kerugian Berterusan Yang Ditanggung Akibat Jerebu Ini Dan Mengumumkannya Secara Bulanan. Walaupun Kita Tidak Boleh Menghantar Bil Kerugian Terhadap Pesalah Yang Sebenarnya, Sekurang2nya Ia Boleh Dijadikan Fakta Penting Untuk Melaksanakan Tindakan Serius Terhadap Mereka.

34Sekalipun Jika Mereka Yang Terlibat Ini Adalah Syarikat-Syarikat Dari Malaysia, Mereka Semestinya Di Kecam Dan Di Hukum Sewajarnya Mengikut Undang-Undang Negara Tersebut. Janganlah Diringankan Hukuman Mereka Semata Mata Untuk Dijadikan Alasan Bagi Penduduk Tempatan Pula Melakukan Jenayah Yang Lebih Besar.

35Sudah Tiba Masanya Negara-Negara Anggota Kanan ASEAN Yang Terjejas Mengemukakan Hujah Kukuh Agar Tindakan Afirmatif  Seperti Tekanan Undang-Undang Diambil Terhadap Negara Punca Jerebu Ini, Di Atas Kecuaian Dan Sikap Acuh Tak Acuh Mereka Terhadap Bukan SahajaKesejahteraan Rakyat Mereka Sendiri, Tetapi Rakyat Negara-Negara Jiran Mereka. Singapura Telahpun Mengharamkan Barangan Dari Kedai2nya Yang DiKeluarkan Oleh Syarikat2 Yang Tidak Bertanggungjawab Ini. Apakah Yang Negara KitaBuat Untuk Menghukum Syarikat2 Ini Mahupun KerajaanNegara Punca Jerebu Ini, Selain Dari Mengatakan Bahawa Kita Tidak Akan Beri Tekanan Kepada Mereka? Adakah Kita Bersedia Menderita Untuk 18 Tahun Lagi

YB Tan Sri Speaker 

36. Pemerintah Yang Sengaja Membenarkan Aktiviti Ini Berlaku Perlu Di Heret Ke Muka Pengadilan Kerana Apa Yang Mereka Lakukan Adalah Satu Jenayah Kemanusiaan Kerana Membiarkan Aktiviti Pembakaran Ini Berleluasa.  
Setelah Lapanbelas Tahun Bersesak Nafas Secara Fisikal Mahupun Fiscal, Sudah Sampai Masanya Kita Cuba AntaraDua Cara, Iaitu Samada Melalui International Arbitration Atau Tindakan Tegas Oleh ASEAN Keatas Negara Ini. 
Rujuk Kepada Kes "Trail Smelter" Arbitration (United States v. Canada)
(Amerika Syarikat Telah Mengambil Tindakan Ke Atas Kanada Berkenaan Isu Sulfur Dioksida Daripada "Trail Smelter" Yang Memberi Kesan Buruk Ke Atas Washington Antara Tahun 1925 – 1937)
Telah Didapati DiArbtration Tersebut Bahawa:
"Kewajipan Untuk Melindungi Negeri-negeri Lain TerhadapPerbuatan Yang Memudaratkan Oleh  Individu Dari DalamLingkungan Bidangkuasa Sesebuah Negara Pada Setiap MasaAdalah Menjadi Tanggungjawab Negara Tersebut."

YB Tan Sri Speaker 

37Kalau Dilihat, Dasar Penglibatan Asean Atau Asean’s Policy Of Engagement (Dengan Izin), Iaitu Menyelesaikan Secara Diplomasi Tidak Lagi Boleh Digunapakai Sebagai Kaedah Berurusan Dengan Negara Ini. Kalau Setelah Lapan Belas Tahun Kita Berdepan Dengan Musibah Ini, Terbuktilah Bahawa Diplomasi Asean Dalam Tajuk Jerebu Ini Sudah Ternyata Gagal.

38Satu Tindakan Sepadu Menjurus Kepada Suatu HukumanOleh Asean Harus DiAmbil Dan Dimulakan PerbincangannyaOleh Kerajaan Kita Selaku Pengerusi Asean Untuk Tahun Ini.Tentunya, Sekurang2 Lima Negara Yang Telah Turut Menjadi Mangsa Akan Menyokong Sepenuhnya.

YB TAN SRI SPEAKER

KEBANJIRAN PEKERJA ASING

39Kebanjiran Pekerja Asing Di Malaysia Kini Berada Pada Tahap Yang Sangat Serius Bila Dianggarkan 6.7 Juta Warga Asing Mencari Rezeki Di Negara Ini Dalam Pelbagai Sektor, Yang Mana Hanya 2.1 Juta Orang Sahaja Yang Memiliki Permit Sah Dan Berdaftar Dengan Jabatan Imigresen Untuk Bekerja Di Negara Ini.

40Terkini, Kita DBeritahu Kira-Kira 1.5 Juta Pekerja Dari Bangladesh Akan Di Bawa Masuk Ke Malaysia Secara Berperingkat Dalam Tempoh 3 Tahun Bagi Memenuhi Permintaan Majikan Daripada Pelbagai Sektor.

41Jika Di Lihat Secara Rasionalnya, Apakah Perlu Kita Membawa Masuk Lagi 1.5 Juta Pekerja Dari Bangladesh Ini Jika Sudah Ada Warganegaranya Yang Sudah Berada Di Negara Ini Yang Boleh Diberikan Permit Kerja Yang Sah? Daripada Kerajaan Menanggung Kos Yang Tinggi Untuk Menghantar Mereka Balik Ke Negara Asal Mereka, Pekerja-Pekerja Ini Boleh Di “Halal”Kan Kehadiran Mereka Disini Dengan Diberikan Permit Kerja Dan Di "Redeploy" (Dengan Izin) Di Sektor2 Tertentu. Yang Selebihnya Barulah Dimasukkan Lagi Untuk Mencukupkan Apa Yang Kurang. Lagipun, Mereka Yang Sudah Terlajak Tinggal Di Sini Tidak Perlukan Lagi Latihan Kerana Sudah Pun Dapat Meng-Assimilasi-Kan Diri Mereka Dengan Keadaan Dan Kerja Di Sini. 

42Akan Tetapi, Ada Lagi Isu Mengenai Pekerja Asing Ini Yang Lebih Membimbangkan Kempas

43Sesetengah Daripada Mereka Dari Beberapa Negara Hadir Dengan Membawa Bersama Pelbagai Penyakit Dan Gejala Sosial Yang Tidak Sihat.

YB Tan Sri Speaker 

44Statistik PDRM Mendapati Jumlah Kes Jenayah Membabitkan Warga Asing Semakin Meningkat Setiap Tahun Iaitu 2,291 Kes Pada 2012 Meningkat Mendadak Kepada 13,591 Kes Pada 2014.

45. Banyak Kes-Kes Yang Telah Dilapurkan Di Akbar-Akbar Tempatan Termasuk Kes Terbaru Membabitkan Enam Lelaki Warga Asing Yang Ditahan Untuk Membantu Menyelesaikan Siasatan Kes Bunuh, Rogol Dan Rompak Seorang Kerani Sekolah Agama Sungai Raya Di Sungai Terap, Muar. Juga Tak Lama Dahulu Seorang Pengawal Warganegara Asing Telah Menembak Mati Kerani Sebuah Bank Yg Kita Semua Dapat Saksikan Melalui Media Sosial.

46Kempas Bimbang Mereka Yang Masuk Ke Negara Ini Samada Secara Sah Atau Haram Mempunyai Rekod Jenayah Di Negara Masing-Masing Sebelum Berhijrah Ke Sini. 

YB TAN SRI SPEAKER

47Sebuah Akhbar Terkemuka di UK Pernah Melapurkan Tentang Syarikat-Syarikat Pembinaan Dari Sebuah Negara Di Asia Yang Telah Menggunakan Banduan Sebagai Tenaga Kerja nya Bagi Projek-Projek Di Sri Lanka, Afrika Dan Negara-Negara Dunia Ketiga Yang Lain. Ianya Di Katakan Untuk Meringankan Beban Negara Tersebut Dari Menanggung Kos Membiayai Penjenayah2 Itu Dan Sekaligus Mengosongkan Penjara2 Mereka Yang Sudah Padat.

48Adakah Kita Sudah Selidik Jikalau Pekerja-Pekerja Yang Datang Ke Sini Secara En Bloc (Dengan Izin) Untuk Pembangunan-Pembangunan Spesifik Oleh Pelabur Dari Negeri Yang Sama Ini Adalah Bersih Dari Jenayah Ataupun Bukan Banduan Di Negara Mereka Sendiri?

49Mungkin Ada Yang Skeptik Mengatakan Ini Adalah Tugas Dan Tajuk Untuk Kerajaan Pusat Dan Bukan Negeri, Tetapi Jika Ada Keberangkalian Jenis Pekerja Ini Datang Ke Bumi Johor, Kita Harus Tentang Dan Tuntut Kepada Pihak Pusat Agar Mereka Lebih  Bertanggungjawab Dalam Hal Ini. Tidak Mustahil Jika Perkara Ini Berlaku Lebih-Lebih Lagi Jika Kita Ambil Bulat-Bulat Pekerja Asing Ini Di Atas Syarat Yang Diletakkan Oleh Pelabur2 Asing Itu Tanpa Di Usul Periksa AkanLatarbelakang Mereka.

50Mana Mungkin Kita Dapat Menjejak Mereka Jika Permit Kerja Yang Diberikan Tidak Meliputi Saringan Keselamatan KeAtas Mereka.

51Kita Seharusnya Menuntut Agar Kerajaan Negara Pekerja-Pekerja Asing Ini Mengeluarkan "Letter Of Good Conduct" (Dengan Izin) Diikatkan Dengan Bond Yang Boleh Di Pulangkan Apabila Mereka Balik Ke Negeri Asal Tanpa Insiden Bagi Memberi Satu Jaminan Atau "Guarantee" (Dengan Izin) Keatas Tindak Tanduk Rakyat Mereka Sendiri.  

52Dengan Ini, Kerajaan Dan Syarikat-Syarikat Atau Agent-Agent Luar Atau Tempatan Yang Membawa Masuk Pekerja-Pekerja Asing Itu Ke Sini Boleh Di Pertanggungjawabkan Jika Pekerja-Pekerja Ini Melakukan Jenayah Di Sini.

YB TAN SRI SPEAKER

53Mungkin Ada Yang Akan Katakan Bahawa Isu Yang DiBawa Kempas Ini Agak Keterlaluan Atau Cubaan Untuk Menakut Nakutkan Tetapi Keselamatan Bangsa Johor Jangan Sekali Kali Kita Ambil Enteng! 

54Sedangkan DiSingapura Dimana Tahap Keselamatannya Amat Tinggipun Telah Berdepan Dengan Rusuhan Oleh Pekerja Warga Asing Dalam Setahun Yang Lepas, Yang Melibatkan Kereta Polisnya Dibakar Dan Ramai Yang Tercedera. Maka Tidak Mustahil Jika Perkara Ini Boleh Berlaku DiBumi Johor.

55Kempas Bertanggungjawab Untuk Mengutarakan Kegusaran Rakyat Tentang Kemasukan Secara Besar Besaran Pekerja Asing Tanpa Saringan Keselamatan Yang Munasabah.

56Di Kempas Sahaja, Nisbah Anggota Polis Adalah 41 Orang Untuk Menjaga Keselamatan Di Lebih Kurang Kawasan Sebesar 45 Kilometer Persegi. Dan Mereka Bukannya Bekerja Serentak Pada Satu-Satu Masa. Jika Mengikut Shift Tinggal Setengah Sahaja Iaitu 20 Orang Bagi Kawasan Sebesar 45 Kilometer Persegi. 

57Oleh Yang Demikian, Kempas Berharap Kerajaan Negeri Mengambil Inisiatif Untuk Menentukan Yang Pekerja2 Asing Yang Sudah Dan Akan Berkerja Di Bumi Johor Ini Telah Di Tapis Dan Adalah Selamat Untuk Melayari Kehidupan Bersama Rakyat Dan Bangsa Johor.

58Bak Kata YAB Dato Menteri Besar Di Forum Air Johor Minggu Lepas Dan Ucapan Pembentangan Bajetnya, Jangan Kita " Sudah Terantuk Baru Nak Terngadah.”

YB Tan Sri Speaker 

59Pada Ketika Negara Kita Dikatakan Oleh Sesetengah Pihak Sebagai Negara Yang Menghadapi Defisit Kesetiaan Atau"Deficit In Allegiance" (Dengan Izin) Di Mana Berbanding Dengan Negeri2 Jiran, Kita Perlu Memberikan Bendera Negara Secara Percuma Untuk Dikibarkan, Kempas Terpanggil Untuk Berkongsi Cerita Tentang Seorang Hamba Allah Yang KamiJumpa Di Satu Majlis Rasmi Di Kuala Lumpur. Beliau Ini TelahMeluaskan Kuasanya Kerana Diminta Datang Ke Kuala Lumpur Dari Johor Semata Mata Untuk Membaca Doa Untuk Majlis Tersebut.

60Beliau Yang Duduk Disebelah Saya Dari Awal Majlis Itu Ternampak Gusar, Dengan Secara Tiba-Tiba Telah Melahirkan Kedukacitaannya Apabila Anak Kecilnya DiKampung Dalam Ketakutan Telah Menaliponnya Dari Johor Untuk Memaklumkan Bahawa Seorang Anggota Beruniform Telah Mengarahkannya Untuk Menurunkan Jalur Gemilang Yang Dinaikkan Bersama Anaknya Sempena Bulan Kemerdekaan Dalam Kawasan Rumah Peribadinya.

61Difahamkan Anggota Beruniform Ini Telah Bertindak Keterlaluan Dalam Melaksanakan Apa Yang DiAnggap Sebagai Suatu Arahan.

62Kempas Beranggapan Tindakan InOleh Anggota Beruniform Itu Adalah Satu Pengkhianatan Kepada Kebebasan Rakyat Yang Setia Kepada Raja Dan Negara Kerana Bendera Itu Merupakan Simbol Kedaulatan Dan Perlembagaan Sesebuah Negara.

63. Suka Kempas Ingatkan Bahawa Berkemungkinan Besar, Ianya Bukanpun Suatu Arahan Tetapi Mungkin Suatu Pandangan Yang Telah Di Salah Tafsirkan Dan Di Terjemahkan Mengikut Cita Cita Kerjaya Orang2 Yang Menjalankan Tugas Itu.

64Dan Ini Akan Dan Telahpun Membawa Kesan Yang Tidak Baik Terhadap Pemerintah Atau Sesiapa Sahaja Yang Di Kaitkan Dengan Perintah Tersebut.

65Kesudahanya DiKebelakangan Ini, Beberapa Pembetulan Terpaksa DiBuat Untuk Menyucikan Namabaik Pihak Yang Tidak Bersalah. 

66Contohnya Bilamana Setiausaha Kerajaan Negeri TerpaksaMenerangkan Tentang Surat Penurunan Bendera Jalur Gemilang Yang Dikeluarkan Oleh Pejabat Daerah SegamatKepada Semua Ketua Jabatan DDaerah Berkenaan. Dan Menerusi Satu Siaran Media, YAB Menteri Besar Johor SendiriTelah DiTitah Untuk Menafikan Satu Titah Yang DikatakanDaripada Ke Bawah Duli Tuanku Mengenai UMNO.

YB Tan Sri Speaker

67Kempas Menimbulkan Isu Berkaitan Ini Bukan Untuk Diambil Tindakan Terhadap Anggota Beruniform Tersebut,Tetapi Sebagai Peringatan Agar Ianya Tidak Berulang Lagi DiMasa-Masa Akan Datang.  

68Jika Perkara Ini Berulang Kembali Mungkin Di Tempat-Tempat Lain Umpamanya Ianya Secara Tidak Langsung Akan Melunturkan Lagi Ketaat Setiaan Rakyat Kepada Raja Dan Negara.

69Maka Dari Itu, Kempas Mengingatkan Dirinya Sendiri Dan Kepada Semua Bahawa Rakyatlah — Lebih-lebih Lagi Mereka Yang Membayar CukaKepada Kerajaan, Yang Menyumbang Untuk Membayar Gaji Kita, Membayar Gaji Anggota2 Beruniform Dan Kakitangan Kerajaan Semuanya, Maka Janganlah Sekali Kali Kita Menderhaka Kepada Rakyat Jelata Di Dalam Kita Menjalankan Tugas Yang Diamanahkan Kepada Kita Oleh Mereka Dan Allah SWT.

Semoga Allah Berkati Johor, Allah Selamatkan Sultan!

YB Tan Sri Speaker,

Kempas Mohon Menyokong.

Wabillahitaufiq Walhidayah, Wasalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktu.


No comments:

Post a Comment