Tuesday, June 30, 2009

NAJIB IS CUTTING IT A LITTLE TOO THIN

Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak signing the letter of his appointment as the Sixth Prime Minister of Malaysia


Within the first 100 days in office, Prime Minister Dato’ Sri Najib Tun Razak had made many changes mostly relaxing the rigid policy on Bumiputera equity participation in the economy and other concerns perceived to have the same effect.

Let’s recapitulate and see how many announcements he has made regarding the matter.

1. 1 Malaysia.

2. Dissolution of the Ministry of Entrepreneur and Co-operative Development (MECD). This is the agency responsible for coordinating the development of Bumiputera entrepreneurs. The MECD when it was in existence provided training and development programmes to Bumiputera entrepreneurs.

3. Liberalization of 27 services sub-sectors in our economy, whereby the 30% Bumiputera equity is no longer mandatory in this area.

4. Merit-based scholarships and in the same breath hints of doing away with race based quotas by next year.

5. Deregulation of Investment Guidelines
http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=421826 cutting down the percentage of the mandatory Bumiputera equity in Malaysian companies seeking public listing, though 50% of the Public Shareholdings spread must be offered to them.

While I can appreciate that these changes will have positive affects to the Bumiputeras and the Nation as a whole, I fear that not enough information is forthcoming and reaching the Malays in the heartland which could prove to be costly for us if they are left to make their own interpretation to the changes in the government policies.

It seems UMNO Members of Parliament are in full support of the Prime Minister’s new economic policy. Yes well, that’s an understatement because they will always be the first to say they support him, either out of duty or sheer sucking up without comprehending the real situation, even if it is a brilliant idea on the Prime Minister’s part.

Now let us see if these overzealous UMNO MPs will do justice to the good efforts of the Prime Minister by going back to their constituents, particularly the Malays who are not too clear as to the mechanics of these newly introduced measures which DO NOT, contrary to consensus, alter the rights and privileges of the Malay people. Dato’ Sri Najib is putting too much faith in his UMNO soldiers to do the right thing for him. The UMNO Information Chief must crack the whip on these MPs to ensure that the Malays in the kampongs do not lose heart in view of the current standing due to the lack of understanding. In general they are feeling like the good Prime Minister is over-reaching and giving away too much. Trust me on it, I've been on the frontlines and had to face ballistic queries on these issues from branch leaders every weekend of late.

If UMNO fails to inform the heartland of this progressive yet harmless development, then their support for us which we have usually relied upon during general elections will grow thin, while the majority of the Chinese and Indians will remain with the opposition without a doubt in view of the weak and troubled MCA and the lost in trust of the Indian community towards MIC and PPP.

Let NOT Najib’s hands end what his father started.

16 comments:

  1. Salam TPJ,

    Pertama sekali tahniah kerana blog saudara sudah mula mendapat tempat di hati pengunjung blog2. Ini adalah hasil daripada penulisan saudara yang agak kritikal tidak kira kepada pihak kerajaan apatah lagi pembangkang. Gaya penulisan yg tidak bias seperti inilah sebenarnya yg membawa kelainan dan menarik minat pembaca. Tahniah sekali lagi.

    Baiklah, di dalam thread terbaru ini, lebih berkisar sebenarnya tentang 100 hari pertama pentadbiran PM ke 6 iaitu DS Najib Tun Razak. Antara perubahan dan pembaharuan yg dibawa oleh beliau tidak semuanya dipersetujui oleh saya secara jujurnya...Antara perkara yg boleh dipertikaikan ialah seperti berikut :

    a) Pembubaran MECD - Sesuatu yg amat mendukacitakan golongan usahawan seperti saya. Segala kerja keras dan komitmen Dato Noh Omar selaku menteri terdahulu, nampaknya tiada kesinambungannya. Agensi2 yg terkandung di bawah MECD yg diagih2 kepada beberapa kementerian, sebenarnya membawakan lebih banyak kecelaraun daripada kebaikan.Yang amat dirasakan secara ketara ialah tentang pengurusan pembiayaan TEKUN yang selama ini merupakan antara perkara utama yg menjadi perhatian Dato Noh Omar. Amat mendukacitakan dengan pembubaran MECD, golongan usahawan yg memerlukan bantuan kewangan agak tertanya2 tentang keseriusan dan komitmen kerajaan dalam membantu mereka untuk mula bertapak dalam dunia keusahawanan.Tanpa MECD, pengagihan pinjaman TEKUN ini dikhuatiri akan menjadi tidak efisyen sepertimana yg diharapkan.

    b) Perlantikan Menteri Dalam Negeri yg tidak berapa layak - Perlantikan Datuk Seri Hishamuddin sebagai Menteri Dalam Negeri memberikan ruang yg seluas2 nya untuk golongan bukan bumiputera untuk memberikan tekanan kepada kerajaan dalam membawakan isu2 yg berpihak kepada kepentingan survival bangsa mereka.Ini kerana umum mengetahui yg Datuk Seri Hishamuddin tidak begitu tegas dan agak berlembut dengan bangsa asing ini. Selain itu, pembebasan tahanan ISA terutamanya pejuang HINDRAF sebenarnya membawa kepada banyak ketidakpuashatian dan menterjemahkan ketidaktegasan kerajaan dalam mempertahankan ketenteraman awam. Golongan pejuang HINDRAF ini seharusnya disimpan lebih lama memandangkan ancaman yg boleh dibawa oleh mereka.

    c) Pengurangan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi - Saudara TPJ telah menghuraikan tentang beberapa sektor yg telah digubal bagi mengurangkan pegangan ekuiti bumiputera dalam 27 sektor ekonomi yg terlibat. Ini akan diikuti dengan sektor2 lain yg akan turut sama "diubahsuai" bagi memuaskan hati golongan bukan bumiputera.
    Langkah ini sebenarnya akan membuka pintu kepada permintaan2 lain yg seterusnya akan mengurangkan lagi pembabitan bumiputera dalam sektor ekonomi.

    bersambung di Part 2

    ReplyDelete
  2. d) Isu jambatan ketiga di Johor - Sebagai rakyat Johor yg amat masak ranum dengan kehendak dan kemahuan rakyat di selatan tanahair ini, saya sebenarnya amat tersentuh dan berdendam dengan pemerintahan kerajaan terdahulu yg telah mengada2kan cerita mengenai penolakan rakyat Johor kepada pembinaan jambatan bengkok / indah yg telah diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir. Sebagai rakyat Johor yg boleh berfikir secara waras, tidak benar sama sekali tanggapan yg dilemparkan kepada kami, warga Johor. Kelembutan dan kecuaian PM terdahulu di dalam membatalkan projek jambatan tersebut, sebenarnya telah membawa banyak kesan buruk terhadap tanggapan masyarakat tempatan dan dunia terhadap kerajaan Malaysia. Kita sebenarnya sudah boleh membuat keputusan sendiri di dalam pembinaan jambatan tersebut tanpa perlu terlalu hormat kepada Singapura, jiran yg kita sudah ketahui tidaklah begitu bersemangat setiakawan..Kini, di dalam era pemerintahan DS Najib, isu pembinaan jambatan ketiga di Pengerang heboh dibincangkan. Hal ini bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada rakyat Johor malah turut tidak mendapat perkenan DYMM Baginda Sultan Johor. Yg lebih penting ialah pembinaan jambatan baru bagi menggantikan tambak Johor yg sudah tidak relevan, dan bukannya membina jambatan ketiga yg sudah tentu memerlukan perbelanjaan yg lebih tinggi. Oleh yg demikian, DS Najib, sila fikir dahulu secara lebih halus, tentang perkara ini. Di pihak lain pula, saya berpendapat, MB Johor turut tidak membawa aspirasi dan semangat sebenar Rakyat Johor.Sikap beliau yg tidak begitu "warm" dengan rakyat serta tidak berdaya maju dalam sektor pembangunan sosioekonomi walaupun berkelulusan ekonomi, sebenarnya membantutkan pembangunan negeri Johor sejak kebelakangan ini..Oleh yg demikian, tidak hairanlah Johor sering diperkotak katikkan oleh negara jiran, walaupun untuk membuat keputusan di dalam pentadbiran di negeri kita sendiri.Ambil contoh, jawantankuasa bertindak bersama dengan kerajaan Singapura yg dibentuk bagi membangunkan Iskandar Malaysia.. Bukankah itu sesuatu yg memalukan?? Inilah hasil daripada kelembutan yg dibawa oleh MB Johor dan kerajaan penuh lemah lembut terdahulu.

    Namun begitu, ada juga beberapa tindakan DS Najib yg boleh diberikan kredit. Antaranya:

    e) Perlantikan Datuk Seri Utama Rais Yatim sebagai MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN, adalah sangat bertepatan. Ramai yg berteka teki tentang nasib Datuk Seri Utama Rais memandangkan beliau telah tewas dalam pemilihan bagi merebut jawatan Naib Presiden UMNO baru2 ini. Jelas, DS Najib telah membuat keputusan yg bijak dengan perlantikan ini, memandangkan pengalaman luas yg dimiliki serta ketinggian ilmu yg dimiliki di dalam berhujah. Saya masih ingat, ketika kemelut peralihan kuasa yg berlaku di Perak baru2 ini, ketika banyak pihak mendiamkan diri, Datuk Seri Utama Rais Yatimlah yg pertama mengambil langkah untuk menjelaskan perkara sebenar di hadapan khalayak umum.

    bersambung di Part 3

    ReplyDelete
  3. f) Adanya sistem report card di kalangan menteri - Diharap ini bukanlah hanya omongan kosong dan haruslah dijalankan dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Rakyat perlukan ketelusan dan penilaian terhadap menteri2 ini seharusnya dipublishkan supaya rakyat dapat melihat kepada situasi sebenar. Diharap, menteri2 yg tidak perform ataupun tidak mencapai KPI yg diharapkan, agar disingkirkan kerana rakyat kini, sudah bijak menilai dan agak demanding.

    g) Sistem pemilihan di dalam UMNO – Sekiranya kerangka pemilihan untuk memilih pucuk pimpinan tertinggi UMNO digubal semula bagi memberikan ruang untuk lebih ramai dari kalangan ahli UMNO untuk membuat pilihan dan sekiranya ianya tonik terbaik untuk menghalang Rasuah Politik dari terus berleluasa, tindakan ini seharusnya dipercepatkan. Mengikut perancangan, DS Najib akan membawa perubahan ini dan akan diperdebatkan dalam Perhimpunan Agung UMNO hujung tahun ini. Langkah penambahbaikan ini adalah sesuatu yg boleh dikatakan wajar dan perlu.

    h) Faktor Tun Dr Mahathir – Kesilapan terbesar yang telah dilakukan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah dengan menidakkan dan menafikan secara terang-terangan pengaruh serta peranan Tun Dr Mahathir di dalam urus tadbir pengurusan kerajaan Malaysia. Bukan mengiyakan seratus peratus, namun dengan penderhakaan yg telah ditunjukkan, telah menyebabkan penyokong2 UMNO sendiri sudah mula berasa marah dan menunjukkan protes. Telah terbukti dengan keputusan pilihanraya ke 12 baru2 ini. Namun begitu, langkah pertama DS Najib, ialah dengan merapatkan jurang yg telah wujud, adalah amat dipuji. Kerelaan beliau untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada 2 PM terdahulu menunjukkan sikap keterbukaan beliau. Ini secara tidak langsung telah membawa sedikit pengukuhan di dalam UMNO itu sendiri dan kerajaan secara umumnya. Jangan menidakkan pengaruh Tun Dr Mahathir kerana Malaysia telah banyak berhutang kepada beliau.

    Banyak lagi sebenarnya yg ingin diperkatakan mengenai 100 hari pertama DS Najib, namun biarlah ini dahulu yg dibincangkan.. Sekali lagi segulung tahniah buat TPJ.. dan teruskan kerja2 murni anda di dalam menyalurkan maklumat alternatif kepada golongan bloggers seperti kami...

    ReplyDelete
  4. Excerpt from
    NST 2 July 2009,

    Academician Oh Ei Sun, who is also a highly sought international speaker-trainer-motivator, consultant and entrepreneur, has been appointed political secretary to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.POLITICAL SECRETARY!!

    Does this mean that there is no Malay capable of being his sec pol??Or this is just an addition..

    Another example of 1Malaysia spirit??

    The Malays are being more annoyed and confused day by day and feel sidelined in their own homeland where they are actually the majority..My god

    ReplyDelete
  5. Salam TPJ,

    Siapa yang tak kenal cara UMNO sebagai ketua dalam BN..

    Makin kurang sokongan orang bukan Melayu kepada BN makin banyak pula nikmat yang mereka dapat..
    Berebut-rebut pemimpin UMNO untuk memberikan itu dan ini kepada mereka sehinggakan hak orang melayu ditarik satu persatu..Lihat sahaja kuota untuk biasiswa psada tahun ini d mana tambahan 200 tempat semuanya menjadi milik non malay.MB Perak yang memang mesra rakyat dan bekerja kuat nampaknya semakin menjadi-jadi memberikan bantuan d tempat-tempat yang memang terkenal sbg kubu kuat DAP sedangkan ramai lagi orang2 Melayu yang terpinggir..
    Mungkin atas konsep 1malaysia kot..Fikir-fikirkanlah

    Jangan sampai jadi yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran sudah..Jangan ingat bila melayu diam,mereka tidak kecewa..

    ReplyDelete
  6. TPJ,

    Meminjam lagi pantun AKJ(dengan kebenaran)untuk renungan bersama..

    Bukan bangsa lain tidak utama
    Mereka pun rakyat Malaysia juga
    Tetapi realiti yang wajib diterima
    Orang Melayu dan Bumiputera
    Adalah majoriti rakyat Malaysia
    Pinggirkan mereka, bala jawabnya..

    [Hatta saya dan adik-adik saya
    Kami pun tidak serata
    Kalau ikut meritokrasi
    Mungkin anak saya dapat biasiswa
    Anak mereka gigit jari
    Kerana sekolah di kota
    Segala lengkap semua ada
    Guru tuisyen dan segala benda.
    Tetapi apa halnya
    Dengan sekolah di desa?

    Kalaupun hendak bermurah hati
    Wajiblah kita berhati-hati
    Jangan abaikan hak majoriti
    Padahnya buruk kemudian hari.

    Terima kasih kawan dan taulan
    Madah pujangga jadikan teladan
    Buat baik perpada-pada
    Buat jahat jangan sekali
    Usah digadai tanah pusaka
    Nanti bangsa dihina dikeji

    Kalau pemimpn UMNO masih tak berubah dan meminggirkan Melayu2 yang bersusah payah memberikan undi dan sentiasa bertolak ansur dalam banyak perkara,tak taulah apa lagi yang boleh di kata??

    Salam
    2009

    ReplyDelete
  7. Hello again TPJ,

    The media is reporting the current event in Kedah and Penang the wrong way..Too much exposure is given to Kg Pala residents and DAP protest on the demolition because they want to show that PR tengah rapuh and bercakaran.

    Now go and ask the Malays,wether they support BN or PR and the answer will be two thumbs up for MB for Kedah MB for his braveness.

    Where is the interview with the happy villagers since it's now the end for their misery(30 years of smelling pig shit).

    The sole ADUN from Kedah is making a mockery of PAS administration as if the non Malays are totally neglected in Kedah..

    This is an example of overzealous and chauvinist politician..Where is the semangat 1Malaysia when they can't stop bullying the Malays and keep making insulting remarks when it comes to issue that effect them.

    Congrats again to the Kedah MB and this is an example that BN should follow because if Kedah is still under BN(UMNO)the demolition will never take place because of the factor takut hilang undi orang Cina..

    I'm not an opposition supporter but I'm growing fed up with BN and UMNO because of the lack of respect for the majority voice and how they like to suck up to the Chinese..

    Enough of tolerance and being bullied..Put a stop now before it's too late..

    ReplyDelete
  8. Saudara Boy Hj Jamil,
    Salam.

    Terima kasih diatas pandangan Saudara mengenai blog saya ini. Sebagai menjawab kepada kenyataan Saudara,

    a) MECD sememangnya sudah dibubarkan tetapi sebahagian dari fungsinya itu telah di ambil alih oleh kementerian yang lain seperti
    Kementerian Luar Bandar.

    b) Tentang Menteri Didalam Negeri, saya rasa tidak perlu lagi saya mengulas tentangnya sebab segala mahluk Allah dari pasak bumi hingga ke 7 lapisan langit sudah tahu apa pandangan saya tentangnya. Kenyataan yang mempamirkan kebodohannya lagi baru2ini adalah jaminannya diatas keselamatan Gobalakrishnan yang telah diancam melalui sms. Ada 27 juta rakyat Malaysia, adakah Gobal itu akan diberi unit keselamatan seperti PM dan TPM? Apakah akan terjadi kepada keyakinan rakyat kepada BN jika beliau telah memberi jaminan tiba2 orang mati didalam kecelakaan jalanraya umpamanya? Bukan kah rakyat akan mengatakan bahawa kita sudah memukiri janji kita? Nampaknya beliau sentiasa merugikan UMNO/BN setiap kali beliau membuka mulutnya itu. Saya sudah berjanji kepada diri saya untuk tidak membuang masa memaki Harami ini lagi tetapi mulutnya semakin menjadi "liability" kepada UMNO. Seharusnya beliau menjamin bahawa segala siasatan akan dibuat dengan penuh bertanggungjawab. Itu lebih tepat bunyinya sebagai Menteri.

    c) Benar, langkah ini tanpa amaran keras kepada pihak bukan Melayu didalam komponent parti BN akan membuka lagi pintu kepada kaum-kaum ini untuk membuat tuntutan selanjutnya keatas Kerajaan Melayu ini.

    ReplyDelete
  9. Sambunagan 2/ BoyHjJamil.

    d) Tentang Jambatan Ketiga. Saya telah menghuraikannya dengan begitu panjang lebar di posting saya sebelum ini bertajuk " Allah Selamatkan Sultan".

    e) Benar. Antara keputusan tepat Dato' Sri Najib adalah dengan melanti Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Warisan. Beliau sememangnya seorang yang perpengalaman memandangkan beliau pernah berkhidmat dibawah Almarhum Tun Abdul Razak dahulu. Beliau juga seorang yang terpelajar didalam bidang undang-undang dan adalah asset yang paling penting kepada UMNO dan orang2 Melayu pada hari ini.

    ReplyDelete
  10. Sambunagan 2/ BoyHjJamil.

    d) Tentang Jambatan Ketiga. Saya telah menghuraikannya dengan begitu panjang lebar di posting saya sebelum ini bertajuk " Allah Selamatkan Sultan".

    e) Benar. Antara keputusan tepat Dato' Sri Najib adalah dengan melanti Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Warisan. Beliau sememangnya seorang yang perpengalaman memandangkan beliau pernah berkhidmat dibawah Almarhum Tun Abdul Razak dahulu. Beliau juga seorang yang terpelajar didalam bidang undang-undang dan adalah asset yang paling penting kepada UMNO dan orang2 Melayu pada hari ini.

    ReplyDelete
  11. Sambungan 3/ BoyHjJamil

    f) Kaedah KPI bagi menteri2 ini sharusnya dibentang supaya kita semua dapat membuat penilaian kita sendiri menggunakkan kaedah yang sama dengan itu kita bolehlah melihat sejauh mana keberkesanan KPI (bawah Dato Najib) dan konon-kononnya report card (semasa bawah Pak Lah yang hangat2 taik ayam itu).

    g) Tentang pemindaan perlembagaan UMNO yang membolehkan lebih ramai orang mengundi konon2nya dengan alasan ianya membenteras rasuah politik, saya akan huraikan pro dan connya di dalam posting saya yang akan datang. Buat sementara ini, izinkan saya mengingatkan bahawa rasuah amat susah di benteras dan ianya sudah pun terbukti wujud di dalam UMNO dari tahun 1974 lagi. Lain-lain parti juga ada rasuah yang mungkin hanya berlaku setiap tiga tahun sekali tetapi pemimpin2 mereka tidaklah seburuk pemimpin Melayu yang menghulur rasuah kemudian menghina parti sendiri seolah2 orang bawahlah puncanya. Sekiranya lebih ramai lagi yang boleh mengundi didalam pemilihan UMNO, ianya bukannya menghapuskan rasuah, tetapi sekadar memudharatkan prosesnya, mengurangkan perasuah sementara membolehkan hanya pemimpin2 Melayu yang terlalu kaya untuk berjaya kerana mereka sahaja yang boleh mampu untuk belanja lebih. Perkara ini telahpun berlaku di pemilihan yang lalu dan duit telahpun tiba di peringkat bahagian demi untuk mendapatkan pencalonan sahaja.

    Akhirnya, kita hanya akan mendapat pemimpin2 yang terkaya sementara menteri2 dan timbalan2 menteri sahaja yang akan menjadi ahli MKT sehingga kiamat kerana 74,000 orang tidak akan kenal siapa itu saudara BoyHjJamil atau Tengku Putra, tetapi mereka akan kenal hanya pemimpin2 yang selalu masuk TV dan suratkhabar.

    Ini saya akan huraikan dengan lebih luas lagi di blog ini kemudian supaya kita lebih jelas dengan tujuan sebenar segelintir pemimpin UMNO ini, halusinya dan kemudian membuat keputusan yang waras.

    h) Saudara, tidak perlulah kita sebut-sebut lagi nama Pak Lah yang telah banyak menyusahkan UMNO dan BN sehinggakan Y.A.B. Dato' Sri Najib terpaksa bertungkus lumus untuk memulihkan keadaan untuk , kadang2 dengan membuat keputusan2 seperti ini yang menyebelahi kaum2 lain dan mungkin mengecilkan hati orang kita. Semoga Allah memberi kekuatan, Taufiq dan Hidayah kepada Dato Sri Najib untuk memimpin negara kita dengan tegas dan berkesan.

    Terima Kasih BoyHjJamil kerana memberi ulasan panjang dan lebar ini. Wasallam.

    ReplyDelete
  12. Melayu Muda,
    Salam,

    Perlantikan seorang Cina sebagai Setiausaha Politik kepada PM bukanlah suatu perkara baru. Semasa Tun Dr Mahathir sebagai PM, Matthias Chang telah dilantik sebagai Setiausaha Politiknya.

    Walaubagaimanapun SetPol utama adalah terdiri dari orang Melayu. Sekarang ini SetPOL PM adalah Dato Fatmi, Ketua UMNO Bahagian Kota Bahru. PM mempunyai lebih dari seorang SetPol.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  13. ABC,

    Sememangnya tepat pandangan anda selari dengan pandangan umum diperingkat akar umbi.

    Inilah yang saya amat risaukan. Ramai orang Melayu wa'imah orang UMNO pun sudah mula melihat seolah2PAS adalah parti yang sebenar2nya memperjuangkan hak orang Melayu dan Agama Islam.

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  14. Dear TPJ,

    Is there any Malay NGO out there?Why are they not as vocal as Hindraf and to UMNO as a party that defends the Malay,why can't UMNO leaders be brave to speak up against issue that involves Malay's right..

    Look at how DAP defend the pig abattoir demolition when they know it's against their own own pakatan and they are actually only making things worse for apakatan..Only 1 ADUN and his voice can be heard all around the world..

    Well Done Najib, the true color of 1Malaysia is appeared.

    When Lim Guan Eng nak sugessted not to apply DEB in Penang (means quota bumi 30%),I can see the passion of UMNO and Malay NGO's protesting. Now when Najib announced almost the same measures,why is everybody so quiet..Yes man syndrome perhaps..

    In the scholarship case... DAP dan PKR are smiling to their ears becuse their effort(no need to put too much of it) was fulfilled by Najib so easily without any fights by any UMNO leader or some sort of protest by Malays NGO..My god..What happen to all of them..zzzzzzz

    Don't be surprised if the quota for UiTM akan will be revised in the name of justice and equality..
    i bet nobody will make any noise...

    Hidup 1Malaysia...

    ReplyDelete
  15. Balik kapada sasaran 30 %, liberalisasi,pembukaan Pasar Kewangan dan FELDA Global, saya tanya balik kphpd cendekawan dan juru ekonomis (tink tank) :
    1."adekah semua ucapan ucapan dasar baru PM merangkap Menteri Kewangan telah di bincang di mana forum atau jawatan kuasa kabinet atau
    2.Ini semua sendiri punye idea ?
    Setiap kali ade convention atau forum baru baru ini, tiap kali di umum yang baru.
    Saya rase sungguh hairan kerana nampak macam tolak ke tembolok kesemua "stakeholders" saja !
    Ta de sapa yang bantah setakat ini.

    3.Tak kan lah dasar dasar kerajaan yang pro Rakyat Malaysia dan pro Bumiputera selama 17 tahun tiba nak nak buang gitu saje ? mana kertas kerja nya ?

    4.Apa bukti nya yang dasar dasar itu gagal ?
    5.Betul Gagal ke ? 10 % 20 % 30 % 40 % ? Tapi tak mungkin 100 % gagal!

    6.Adekah PM dan penasihat nya and jururunding dah buat analysis "what if", ke atau "dynamic model" ke atau "fatal flaw analysis " ke?
    atau "SWOT ".(soalan asas.)
    7.Di mana kah asas dan input input dari kementerian MITI,MIDA,NGO,ACCIM,SC,Khazanah,PNBdan BNM ?
    8.Takut sangat lah kalau input pengkhususan semua dari satu kelompok--- Bank Bumi aje ?
    Bahaya tu kalau tak ade "collegial debate".
    9.Terkini,Siape yang ade "oversight" kapada PEM merangkap MenteriKewangan ?
    Tak kan Tan Sri CEO SC sorang saje kut?
    Malaysia sudah buka luas habis daripada dasar imigresen(3.1 juta PATI dan non Pati),dasar langit terbuka(sasaran NYY 23 juta pelancong yang mungkin pembawa HINI SWINE FLU),sekarang nak buka luas lagi dasar kewangan dan hartatanah (RM20 million tak payah gomen lulus).
    PM tolong cakap berapa ramai orang malaysia mampu beli harta RM20 million sekali pow?
    Orang kampung ade berkate :jika kita buka pintu depan luas,jangan salah kan penceroboh yang akan memperkosakan rumah dan isi rumah kita sebab perampok itu akan kate--"tuan rumah yang buka pintu jemput saya masuk jadi saya buat ape yang perampok buat."
    Ini semua dasar terbuka ade cermin sikit Kota Singa punye cara.
    Kita nak ikut Kota Singa punye model, kerajaan kite kena ikut model kerajaan kota Singa kan ?(faham2 aje).
    Tapi kalu ambik sekerat sekerat aje, yang sekerat lagi untuk menyelia,mengawas dan"oversight" tak ambil, itu nama nya setengah masak atua mentah, lagi teruk,"half baked" "half breed" dan "cut and paste".
    Saya minta semua ucapan ucapan yang telah di umum kpd warga asing dalam seminggu dua tiga ni, di bentang di Parlimen..
    "STOP tinkering."

    Kalu pihak cerdik pandai dan celik Ekonomi yang ade dalam UMNO diam saje,bermaana:
    1.UMNO tidak berubah dan tidak mahu berubah kerana ahli UMNO yang ade jawatan dan kepentingan tidak akan bantah.
    2.UMNO akan di lihat sebagai menjaga kepentigan peribadi UMNO dan bukan pejuang hak orang Melayu dan Bumiputra.
    3.Pihak pati lawan dan pembangkang dapat kerja nya dipermudahkan kerana kalu ade PRU dan PRK mu,kemungkinan 2008 di ulang dan lebih teruk lagi perbedzaan undi.
    4.Aliran wang asing akan bertambah masuk DAN JUGA keluar mengakibat kan kadar pertukran wang asing menjadi tak terkawal.
    Contoh:
    KELAB BOLA NEWCASTLE UNITED AKAN DI BELI OLIH ORANG TERKAYA KE 2 DI MALAYSIA!

    Nampak nya kempen Kerajaan "beli lah Barangan Buatan malaysia " berkesan hanya untuk Kerepek Keropok dan Kereta saje di KLCC.
    Tapi kalu Kelab bola:
    langsung tak endah kan slogan itu.
    Orang yang beli KELAB Bola adelah orang yang sangat rapat dengan golongan atasan dan elit malaysia..
    Orang ni yang jadi kaya dengan ihsan Rakyat Malaysia tak mahu sokong Malaysia.
    Sepatut nya dengan duit banyak tu (IRB dab BNM sila ambil perhatian) dia bolih biayaai FAM yang hidup segan mati perlahanlahan.
    Kesian Malaysia ade orang dagang , pakai paspot Malaysia tapi beli aset luar negeri.
    Ini lah contoh terbaik liberalisasi dan pasaran kewangan bebas di mana aliran wang keluar taade sape yang bolih kawal.

    changkat lobak
    arjuna waspada

    ReplyDelete
  16. PANEL MAJLIS PENASIHAT EKONOMI

    Hairan bin ajaib pada aku,lepas mengumumkan perubahan dasar liberilasasi,terbuka pasaran kewangan,Ekuinas, mansuh FIC,bagi masuk peguam asing,dan felda global, dah abih semua umum, baru nak lantik PENASIHAT.

    Maana nya penasihat kena ikut cakap bos ?
    Atau mengrestukan segala perlaksanaan perubahan dasar ?
    Pinjam pendek kate owang putih "rubberstamap""air of legitimatacy""intelectual eloquence" ....
    changkat lobak.
    arjuna waspada.

    ReplyDelete