Monday, May 11, 2026

UMNO at 80: A Legacy of Struggle, Service and Resilience

 


1. As UMNO marks its 80th Anniversary today on the 11th May 2026, this is not merely a celebration of age, but a reflection on a political movement that helped shape Malaysia from the struggle for independence to modern nation building. For eight decades, UMNO has remained closely intertwined with the nation’s journey through success, challenges, setbacks, and renewal.

2. From the fight for Merdeka, UMNO proved itself to be more than just a political party. It became the platform through which the aspirations of the Malay community and the wider multiracial society were united in building an independent and sovereign Malaysia. Independence was achieved through leadership, negotiation, sacrifice, and the trust of the rakyat.

3. After independence, UMNO became the backbone of a government that transformed Malaysia from a developing agricultural nation into one of the region’s more stable and progressive economies. Development in infrastructure, education, healthcare, rural growth, and industrialisation did not happen by chance, but through long-term planning, stability, and consistent governance.

4. It would also be dishonest to deny that decades of dominance created complacency and arrogance among some within the party. Years of political success led certain leaders to believe power was permanent. Eventually, the rakyat delivered a harsh lesson through the ballot box when UMNO suffered a historic defeat and was pushed into opposition.

5. Yet defeat became a period of reflection and renewal. Rather than collapse, UMNO regrouped, adapted, and continued serving the people despite being outside government. The experience reminded the party that political legitimacy can never be taken for granted, but must always be earned through service and trust.

6. What remains remarkable is that even with only 26 parliamentary seats, UMNO still played an important role in restoring stability during one of the nation’s most difficult political deadlocks. This demonstrated that leadership is not measured purely by numbers, but by the ability to provide direction during uncertain times.

7. Today, within the current administration, UMNO leaders continue to show experience and capability in governance. Whether in strengthening the economy, attracting investment, improving institutions, or addressing public concerns, many UMNO leaders have demonstrated the difference between political rhetoric and actual administration.

8. At the core of UMNO’s identity remains its commitment to defending Islam, the institution of the Malay Rulers, and the special position and customs of the Malays as enshrined in the Federal Constitution. In an era where these institutions are increasingly questioned by certain quarters, UMNO’s role in safeguarding them continues to remain relevant.

9. However, UMNO’s strength was never built on extremism. While protecting Malay and Islamic interests, the party also governed with the understanding that Malaysia’s strength lies in coexistence. Under UMNO-led administrations, other races and religions continued practising their faiths, preserving their cultures, and contributing to national development in relative harmony.

10. As UMNO celebrates 80 years of struggle, sacrifice, governance, and renewal, the occasion should not only honour the past but inspire responsibility for the future. The challenges ahead will be greater, shaped by changing political expectations, economic pressures, and new generations. 

11. Yet history has shown that UMNO has repeatedly endured, adapted, and risen again in service to Malaysia and her people.

12. And to those who remained loyal to the party through its darkest days after 2018, without abandoning it when times were difficult, I salute you. Loyalty is the mark of a true warrior, not that of a fair-weather supporter.

Happy 80th Anniversary UMNO ! 

From Your Loyal Servant,

Datuk Tengku Putra Haron

Aminurrashid AlHaj B Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat

UMNO Member: 01053559

Parti Keramat Bangsa: 80 Tahun UMNO



1. Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80 pada hari ini, 11hb Mei 2026, sambutan ini bukan sekadar meraikan usia perjuangan, tetapi juga menjadi medan muhasabah terhadap sebuah gerakan politik yang telah membantu membentuk perjalanan Malaysia daripada era menuntut kemerdekaan sehinggalah kepada pembinaan negara moden. Selama lapan dekad, UMNO kekal terkait rapat dengan perjalanan negara melalui kejayaan, cabaran, kejatuhan dan kebangkitan semula.

2. Dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, UMNO membuktikan bahawa ia bukan sekadar sebuah parti politik. UMNO menjadi wadah penyatuan aspirasi orang Melayu serta masyarakat berbilang kaum dalam membina sebuah negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Kemerdekaan dicapai melalui kepimpinan, rundingan, pengorbanan serta kepercayaan rakyat.

3. Selepas merdeka, UMNO menjadi tunjang kepada sebuah kerajaan yang berjaya mengubah Malaysia daripada sebuah negara pertanian yang sedang membangun kepada antara ekonomi yang lebih stabil dan progresif di rantau ini. Kemajuan dalam pembangunan infrastruktur, pendidikan, kesihatan, pembangunan luar bandar dan perindustrian bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil perancangan jangka panjang, kestabilan dan pentadbiran yang konsisten.

4. Namun, adalah tidak wajar untuk menafikan bahawa tempoh penguasaan yang terlalu lama turut melahirkan rasa selesa dan keangkuhan dalam kalangan segelintir pemimpin parti. Kejayaan politik yang berpanjangan menyebabkan ada yang merasakan kuasa akan kekal selamanya. Akhirnya, rakyat memberikan pengajaran yang cukup besar melalui peti undi apabila UMNO mengalami kekalahan bersejarah dan berada di bangku pembangkang.

5. Namun begitu, kekalahan tersebut menjadi titik muhasabah dan pembaharuan. UMNO tidak rebah, sebaliknya bangkit menyusun semula kekuatan dan terus berkhidmat kepada rakyat walaupun berada di luar kerajaan. Pengalaman itu mengingatkan bahawa legitimasi politik tidak boleh dianggap hak mutlak, sebaliknya perlu terus diraih melalui khidmat dan kepercayaan rakyat.

6. Apa yang lebih membanggakan, walaupun hanya memiliki 26 kerusi Parlimen, UMNO tetap memainkan peranan penting dalam mengembalikan kestabilan ketika negara berdepan kemelut politik yang amat sukar. Ini membuktikan bahawa kepimpinan tidak diukur semata-mata melalui jumlah kerusi, tetapi melalui kemampuan memberikan arah dan kestabilan ketika negara berada dalam ketidaktentuan.

7. Hari ini, dalam pentadbiran semasa, pemimpin-pemimpin UMNO terus memperlihatkan pengalaman dan keupayaan dalam urus tadbir negara. Sama ada dalam memperkukuhkan ekonomi, menarik pelaburan, memperbaiki institusi atau menangani isu rakyat, ramai pemimpin UMNO telah membuktikan perbezaan antara retorik politik dan pentadbiran sebenar.

8. Teras perjuangan UMNO tetap berpaksikan kepada mempertahankan Islam, institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan dan adat istiadat Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam suasana hari ini di mana institusi-institusi ini semakin dipersoalkan oleh pihak tertentu, peranan UMNO dalam mempertahankannya terus kekal relevan.

9. Namun, kekuatan UMNO tidak pernah dibina atas fahaman ekstrem. Dalam mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam, parti ini turut mentadbir dengan kefahaman bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keharmonian hidup bersama. Di bawah pentadbiran pimpinan UMNO, kaum dan agama lain terus bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing, memelihara budaya mereka serta menyumbang kepada pembangunan negara dalam suasana yang relatif harmoni.

10. Ketika UMNO meraikan 80 tahun perjuangan, pengorbanan, pentadbiran dan pembaharuan, sambutan ini bukan sekadar untuk mengenang sejarah lalu, tetapi juga untuk menyuntik rasa tanggungjawab terhadap masa depan. Cabaran mendatang pasti lebih besar, dipengaruhi oleh perubahan landskap politik, tekanan ekonomi dan kemunculan generasi baharu.

11. Namun sejarah telah membuktikan bahawa UMNO sentiasa mampu bertahan, menyesuaikan diri dan bangkit semula demi terus berkhidmat kepada Malaysia dan rakyatnya.

12. Dan kepada mereka yang terus setia bersama parti ini ketika melalui detik paling sukar selepas tahun 2018, tanpa meninggalkannya ketika diuji, saya tabik hormat kepada anda semua. Kesetiaan adalah lambang pejuang sejati, bukan sekadar penyokong ketika senang.

Selamat Ulang Tahun Ke-80 UMNO!

Dengan Tulus Ikhlas Dan Ta’at Setia,

Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid AlHaj B Tan Sri Tengku Abdul Hamid Jumat.

Ahli UMNO: 01053559