Asalamualaikum WBT.
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1430.
Izinkan saya mengingatkan Saudara/Saudari untuk membaca Doa Akhir Tahun Hijrah, dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau SEBELUM masuk waktu Maghrib (Ahad 28 Disember 2008) pada akhir bulan Zulhijjah.
" Dengan Nama Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga Allah mencucuri Rahmat dan Sejahtera keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekelian.
Ya Allah, apa yang telah kami lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau larang daripada kami melakukannya dan kami belum bertaubat daripadanya, sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya, dan kami telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukum kami, tetapi Engkau memberi peluang untuk kami bertaubat selepas kami melakukan dosa-dosa itu semuanya, maka kami memohon keampunanMu. Ya Allah ampunilah kami. Terimalah Taubat kami ini dan mana-mana perbuatan yang kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikan kami dengan pahala, maka kami memohon akan diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang Maha Pemurah. "
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
Kemudiannya bacalah Doa Awal Tahun dibaca 3 kali SELEPAS Maghrib (Ahad 28 Disember 2008) pada malam satu Muharram.
" Dengan Nama Allah ,, Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para Sahabat Baginda sekelian.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya. KelebihanMu sangat besar dan Kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, Kami mohon kepadaMu agar terpelihara kami sekelian didalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat, juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripadaMu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami memohon juga kepadaMu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah Tuhan yang Maha Agung lagi Mulia, yang sebaik-baik mengurniakaN Rahmat. “
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".
Kepada Allah Berserah.
Wasallam WBT.
Salam TPJ.. Terima Kasih di atas posting ini. Memang lumrah manusia saling ingat mengingati dan nasihat menasihati.Semoga kedatangan tahun baru akan memberikan sinar baru kepada hidup kita semua..
ReplyDeleteAmin. Salam Sejahtera kepada Saudara sekeluarga.
ReplyDeletesalam TPJ. kami diparlimen johor bahru menanti takwim hijrah anda
ReplyDeleteAssalamualaikim TPJ,
ReplyDeleteHarapan saya untuk tahun ni,marilah kita bersatu-padu,bekerja kuat dan memajukan diri untuk menjadi yang terbaik
Amin..